Dalam satu perhubungan pastinya akan berdepan dengan halangan dan rintangan. Bukan itu sahaja, jika berlainan kaum dan agama kadangkala ia menjadi satu halangan untuk seseorang itu meneruskan perhubungan.

Terbaharu, kecoh di media sosial akan sepasang kekasih berlainan kaum dan agama telah bernikah. Difahamkan, gadis tersebut merupakan warganegara Malaysia manakala suaminya kacukan Chinese British.

Menjadi buah mulut netizen, pasangan tersebut iaitu Hayden dan Nina telah berkongsi kisah percintaan dan detik pertemuan mereka menerusi akaun YouTube mereka.

Difahamkan, mereka berkenalan ketika melanjutkan pelajaran di University of Winchester, di United Kingdom dan mengambil keputusan untuk bernikah selepas berkenalan selama 5 tahun pada penghujung 2019.

Menurut Nina, agak sukar ketika bercinta dahulu disebabkan perbezaan kaum, budaya dan negara serta hubungan mereka boleh diibaratkan seperti roller coaster.

Disebabkan ramai orang yang ingin ketahui kisah kehidupan mereka, maka mereka mengambil keputusan membuka akaun YouTube HaydenToNina untuk berkongsi pengalaman dan kisah menarik mengenai perkahwinan campur.

Pastinya kisah cinta mereka berdua ada yang buat anda rasa ingin berkahwin dengan mereka yang berlainan agama dan bangsa. Kita doakan agar mereka kekal bahagia selamanya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kisah cinta yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Realiti Sebenar Di Sebalik Kisah ‘Viral’ Perkahwinan Pemuda Malaysia Dan Gadis Turki

Bercinta 5 tahun, Wanita Ini Kongsi Kisah Penceraiannya Selepas 2 Tahun Berkahwin

Kenal Di Friendster Dan Bercinta Jarak Jauh, Pasangan Traveller Ini Berkongsi Kisah ‘Sweet’ Mereka