Sebelum ini sudah banyak invoasi kretif terhasil daripada barangan terpakai seperti botol plastik. Tapi untuk kali ini kami kira satu idea yang sungguh fantastik. Idea mewujudkan sebuah perkampungan dengan rumah yang dibina berasaskan botol plastik terpakai sebagai bahan utama.

Perkampungan ini terletak di Pulau Colon iaitu di dalam wilayah Bocas del Toro di Panama. Perkampungan ini turut dikenali dengan nama Perkampungan Botol Plastik. Dengan keluasan tanah sebesar 83 ekar, terdapat sebanyak 120 buah rumah yang secara keseluruhannya dibina menggunakan bahan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekabentuk rumah dibina bermula dengan membentuk kerangka besi, kemudiannya botol plastik terpakai akan diiisi pada bahagian dalam kerangka sebelum dikukuhkan dengan konkrit di bahagian luar dan dalam. Apabila semuanya telah siap, rumah ini akan dicat dan disempurnakan seperti rumah yang lain.

Penggunaan botol plastik terpakai sebagai ganti kepada batu bata bukan sahaja menjimatkan, malah ia difahamkan akan menjadikan keadaan di dalam rumah 17 celsius lebih sejuk dari suhu di luar. Rumah ini turut dilengkapi dengan sistem tangki kumbahan, tingkap dan pintu.

Idea membina kampung unik ini diilhamkan oleh Robert Bezeau, iaitu selepas beliau berpindah ke Bocas dari Kanada beberapa tahun yang lalu. Awalnya, ia bermula dengan projek penjagaan alam sekitar iaitu pada tahun 2012 dengan mengutip botol plastik sebelum memutuskan untuk membina rumah dengannya.

Selain daripada memanfaatkan botol terpakai, projek ini sebenarnya bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan sisa pepejal dan akibat dari pembuangan botol plastik.