Pihak berkuasa Malaysia sekali lagi menemui penempatan haram yang didiami warganegara Indonesia. Penempatan haram warga Indonesia kali ini ditemui di Pulau Meranti, Puchong.

Jabatan Imigresen Malaysia berkata, kebanyakan penempatan haram itu dijadikan ladang sayur oleh sekumpulan pendatang. Mereka dikatakan menggunakan kawasan seluas 1.6 hektar (16,000 meter persegi).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kawasan itu menjadi pusat pengumpulan sayur untuk pemborong membeli sayur mereka. Penempatan haram itu mempunyai pelbagai kemudahan antaranya surau atau tempat ibadat, sistem perparitan, dan paip lengkap untuk ladang sayur.

Ruslin Jusoh berkata, penduduk yang tinggal di penempatan itu juga mempunyai generator untuk membekalkan elektrik dan mengepam air.

“Warga asing sudah berpuluh tahun menanam sayur di kawasan itu dan disyaki menyewa tanah penduduk setempat,” katanya pada sidang media di lokasi sambil menambah bahawapenempatan haram itu bukan sahaja diduduki dan diuruskan oleh warga Indonesia, malah warga Bangladesh.

Beliau berkata 22 warga Indonesia dan Bangladesh berusia antara 20 dan 50 tahun telah ditahan dalam serbuan di kawasan itu pada 1:30 pagi waktu tempatan pada Khamis. Ruslin Jusoh menambah, kes itu disiasat mengikut Perkara 6(1)(c) dan Perkara 15(4) Akta Imigresen Malaysia 1959/63.

Jelasnya, tindakan juga akan diambil terhadap rakyat Malaysia yang melanggar undang-undang Imigresen dengan membenarkan pendatang tanpa izin menetap di tanah mereka di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen Malaysia 1959/63.