Tidak tahan dengan kunjungan orang ramai yang membanjiri tempat mereka, penghuni perkampungan penuh ajaib Hallstatt yang terletak di kawasan bergunung Austria bertindak untuk cuba mengurangkan kemasukan pelancong ke tempat mereka.

Kawasan desa itu sebelum ini mencuri tumpuan dunia selepas menjadi inspirasi kepada pembuat filem animasi muzikal Frozen untuk dijadikan latar belakang Arendal yang merupakan kawasan pemerintahan Elsa dalam cerita tersebut.

frozen-2-trailer
FOTO: DISNEY

Menurut datuk bandar kawasan itu, perkampungan yang mempunyai populasi seramai 800 orang itu tidak mampu untuk menangani kebanjiran pelawat yang datang ke perkampungan itu kerana ada ketikanya bilangan mereka mencecah sehingga 10,000 orang setiap hari.

Bagi mengatasi masalah tersebut, datuk bandar Alexander Scheutz berkata pihaknya mengambil langkah untuk cuba mengurangkan jumlah pelawat yang memasuki kawasan pergunungan tersebut dengan hanya menyediakan bas berkapasiti kecil.

halstatt reddit
FOTO: REDDIT

“Halstatt adalah sebahagian penting dari sejarah budaya dan bukannya muzium. Jumlah pelancong yang berkunjung ketika ini menyebabkan masalah kepada perkampungan kami,” kata Scheutz seperti dilaporkan CNN Indonesia yang memetik temu bualnya bersama The Times.

Yakin penggunaan bas yang bersaiz lebih kecil akan membantu mengurangkan jumlah kehadiran pelancong, Scheutz juga yakin langkah berkenaan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka di perkampungan untuk melayan pelancong yang datang ke kawasan mereka.

Selepas ini, mereka yang ingin berkunjung ke perkampungan yang kelihatan seperti di dalam filem itu menurut datuk bandar perlu melakukan tempahan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan yang kelihatan penuh keajaiban itu.

Namun begitu, usaha untuk mengurangkan jumlah pelancong bukanlah satu perkara yang baru terutamanya di kawasan sekitar Eropah dengan beberapa bandar seperti Rom, Amsterdam dan bandar di Sepanyol.

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman berbeza untuk mengembara dan bercuti, anda boleh merasai lima pengalaman berbeza di SkyVR Genting Highlands yang disediakan di Skytropolis Funland.

Rasai 5 Pengalaman Berbeza Di SkyVR Genting Highlands Sesuai Buat Seisi Keluarga

Klook Tawar Promosi ‘Gila-Gila’ Khas Untuk Anda Bermula Hari Ini

5 Persediaan Penting Buat Anda Yang Ingin Melancong Ke Jepun

Sumber