Pakdi, ada tak pelaburan macam ni?

1. Mula modal kecil.
2. Risiko rendah.
3. Untung cepat.
4. Return lebih tinggi dari TH / ASB.

Kalau dengan RM 100, boleh berganda menjadi RM 1 juta dalam masa 5 tahun. Dah lama orang bijak pandai dalam Tabung Haji atau ASB buat macam itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Itulah yang terjadi bila kecik-kecik selalu sangat tengok kartun di alam fantasi dan bukannya didedahkan dengan kisah Nabi kita jadi pengembala kambing dan berdagang ke Syam.

Bagaimana kehidupan Nabi kita semasa muda yang sentiasa berani ambil calculated risk yang memberikan hasil berbaloi-baloi sehingga menarik perhatian jutawan Mekah untuk menjadi pelabur.

Apa yang kita diajar ialah sila cari katak, cium katak tu, dengan harapan katak dapat bertukar menjadi putera raja yang akan kahwin dengan kita. Kita pun dapat hidup senang, happily ever after.

Tapi selalunya kita yang bertukar jadi Shrek.

Dalam pelaburan ada ilmu matematiknya dia.

Sebagai pelabur, antara benda asas yang kita kena pandai buat kira-kira ialah ilmu hisab Compound Annual Growth Rate (CAGR).

Kalau nak gandakan duit RM 100 menjadi RM 1 juta dalam masa 5 tahun, maksudnya setiap tahun kena untung sebanyak 531%.

Sebab itu berbeza orang yang ada ilmu dengan orang tidak ada ilmu. Orang yang tidak ada ilmu mudah kena tipu bila dijanjikan peluang pelaburan yang kononnya boleh bermula dengan modal rendah tetapi boleh jadi jutawan.

Bila kita faham matematik CAGR ni, maka kita pun dapat jadi orang yang berpijak di bumi yang nyata dan bukan lagi berangan-angan Mat Jenin.

RM 100,000 jika dapat pulangan terkompaun berikut selama 10 tahun, maka hasilnnya adalah

5%: RM 162,000
8%: RM 215,000
10%: RM 259,000
15%: RM 404,000
20%: RM 619,000

Dan jika kita tunggu lagi 5 tahun pula, maka hasilnya adalah:

5%: RM 207,000
8%: RM 317,000
10%: RM 417,000
15%: RM 813,000
20%: RM 1.5 juta

Sebagai pelabur senyap-senyap, sasaran pulangan terkompaun tahunan yang praktikal ialah antara 10% – 15%. Tak senang nak dapat, tapi tidak mustahil jika ada kemahiran yang betul.

Bila dah faham matematik ini, maka kita pun dapat menyusun keutamaan sepanjang 7 tahun pertama lepas dapat gaji, iaitu kumpul duit as much as you can.

Umur 24 dah merasa gaji pertama.

Umur 31 dah berjaya simpan RM 100,000.

Lepas 20 tahun, iaitu pada usia 51 tahun, dengan pulangan terkompaun 10% setahun dah ada RM 672,000.

  • Itu belum campur duit KWSP yang dibiarkan dalam tu.
  • Itu belum campur duit sebahagian simpanan KWSP yang dilaburkan.
  • Itu belum campur duit lebihan selain dari RM 100,000 yang pertama. Takkan lah lepas dah dapat simpan RM 100,000 pertama, terus berhenti menyimpan pula?
  • Takkan gaji tak naik-naik lepas dah kerja 27 tahun?
  • Takkan kekal simpan duit RM 100 sebulan sahaja kot sejak dapat gaji sampai usia pencen?

Begitulah contoh mudah individu yang melihat masa depan setiap kali dapat gaji.

Saya cuma dapat tulis macam ini sahaja. Berikan panduan menjadi pelabur baru. Tapi semua tu takkan berguna kalau hanya duduk menghadap Facebook sepanjang hari, tidak buat apa-apa lepas dah diberitahu dan semuanya tak betul dan salah orang lain melainkan diri sendiri.

Kalau nak dapat ilmu kiraan semacam ini, saya ada sediakan dalam nota-nota online untuk pelabur baru menerusi link yang disediakan di bawah, sila klik dan baca baik-baik ya.

Suzardi Maulan atau Pakdi adalah penasihat kewangan dan penulis nota laburduit.com. Ikuti lebih banyak tip kewangan beliau di sini.