Mengembara ke Afghanistan beri anda pengalaman unik tersendiri, nilai pengalaman yang sungguh bernilai. Semua negara ada keistimewaan tersendiri, dan ini apa yang menarik tentang Afghanistan yang anda perlu tahu.

1. Menjadi Orang Asing

Menjadi orang asing di bumi Afganistan sebenarnya sangat seronok, ini mungkin negara mereka jarang dikunjungi orang asing. Bukan seperti negara yang lain, mahu berselisih dengan pengembara lain pun sangat susah. Perasaan seolah-olah anda seorang sahaja yang datang pada waktu itu.

Kelihatan ganjil selalunya menjadi perhatian, pada mulanya mungkin terasa sedikit janggal ketika semua orang memandang dan memerhati setiap pergerakkan anda. Yang pasti mereka tetap akan melontar senyuman paling manis buat anda.

2. Tetamu

Jika bernasib baik jadi tetamu di rumah orang Afghanistan ni memang beruntung sungguh. Layanan first class, terbaik. Serba-serbi disediakan. Mengikut pengalaman saya, dari simcard, makanan, tempat tinggal semuanya mereka sediakan tanpa meminta apa-apa daripada anda.

Menurut apa yang diceritakan kepada saya, adalah perkara yang kurang sopan dalam budaya mereka jika tetamu terpaksa mengeluarkan duit mereka. Walaupun hanya beli air mineral, silap hari bulan satu sen pun duit poket anda tak keluar.

Setiap rumah di Afghanistan terdapat satu ruang khas untuk tetamu mereka, sangat selesa. Ini adalah sangat penting dalam tradisi budaya Afghanistan mempunyai satu ruang khas untuk tetamu. Jadi tetamu kepada orang Afghanistan ini sangatlah menyeronokkan.

3. Komuniti Perpaduan

Orang Afghanistan sangat mesra dengan jiran-jiran mereka. Mereka mempunyai hubungan yang sangat baik bagaikan satu keluarga. Mereka sangat mengambil berat antara satu sama lain.

Pengalaman saya menjadi tetamu di rumah orang Afghanistan ini memang mengejutkan. Jiran-jiran disekitar semuanya datang semata-mata mahu melawat anda. Yang paling menarik, semuanya berebut-rebut jemput anda makan malam ke rumah mereka. Nah, sekali lagi makan pun silap hari bulan semuanya percuma. Sudahlah sedap, kenyang pula tu.

makanan-afghanistan

4. Makanan

Banyak makanan menarik di Afghanistan, jika di China terkenal dengan mee tarik di Afghanistan pula ada ‘dodey’ roti besar. Dodey biasanya dimakan dengan pelbagai makanan, boleh jadi dimakan bersama nasi, sayur, ayam atau daging.

Jangan terkejut pula jika anda disajikan dengan makanan yang sangat banyak. Nak rasa pengalaman makan unik roti bersama nasi boleh datang ke Afghanistan.

5. Khidmat

Orang Afghanistan atau lebih mudah disebut sebagai ‘Afghan’ akan sentiasa memastikan keselamatan tetamu terjamin. Ke mana sahaja anda pergi pasti akan dijaga sebaik mungkin. Jadi jangan risau soal keselamatan di sini.

Kalau anda batuk sikit pun mereka sudah risau, siap nak bawa pergi ke klinik. Orang Afghanistan ramai yang baik, Jika terpaksa mereka akan membawa senjata bersama. Jadi tak perlu risau soal keselamatan jika datang ke sini.

reshca
Nangrahar, Jalalabad

6. Pengangkutan

Tidak semudah seperti kebanyakkan pengangkutan awam di negara yang lain, ini bermakna ia tidaklah terlalu teruk. Di Thailand ada tuk-tuk, di Afghanistan pula ada RESHCA. Selain dari itu ada juga Teksi (lebih kepada kereta sapu) dan Bas. Ini memudahkan anda bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

7. Kos Perbelanjaan

Di Afghanistan kos perbelanjaan tidak begitu mahal, boleh dikatakan sangat murah terutama barang makan. Buat pengemar kopi, di sini memang tiada kedai menjual air kopi dan kebanyakkan Afghan minum teh hijau.

Untuk air berperisa biasanya banyak ada jual di tepi jalan dalam lingkungan harga RM0.90 sahaja sebotol.

supercola
Kabul, Afghanistan

8. Pertukaran Wang

Pertukaran wang ‘Money Changer’ sangatlah mudah. Anda boleh lihat di tepi jalan sahaja. Sebaiknya tukar wang sikit demi sedikit, gunakan jumlah yang perlu sahaja.

Jadi, untuk tukar wang bila-bila masa memang tiada masalah.

photo_2016-10-12_13-07-40

9. Tempat Menarik

Tempat menarik juga sangat subjektif, banyak tempat menarik di Afghanistan dan tidak semestinya anda perlu tumpu pada apa yang tersenarai di internet sahaja.

Contohnya seperti di Jalalabad, anda boleh melawat makam King Ghazi Amanullah Khan. Di sini anda boleh dapatkan informasi bagaimana sejarah besar tentang kemerdekaan Afghanistan dari masyrakat tempatan.

Pastinya banyak cerita menarik yang hanya dapat diperoleh di Afghanistan dan bukan di internet.

photo_2016-10-12_13-39-12

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram