Nota Editor: Perkongsian ini adalah hasil nukilan Lutfi Othman dan telah di siarkan di Facebook Page EPL Travel & Tours Sdn Bhd Malaysia. Penulis Lutfi Lokman pernah tinggal di Kota Makkah dan Jeddah selama 9 tahun.

Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada kedua-dua pihak ini. Semoga ia dapat membantu anda untuk lebih mengenali sikap unik masyarakat Arab khususnya di Arab Saudi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

saudi-arabia-6

13 Perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang orang Arab terutamanya di Arab Saudi.

1. Bila bawa kereta tengah malam, mereka suka buka lampu dalam kereta. Tujuannya untuk mengelakkan rakan tertidur semasa berbual. Sakit hati juga, berbual sorang-sorang.

2. Berada di kedudukan paling belakang ketika lampu isyarat merah, tapi dia paling kuat tekan hon bila lampu isyarat baharu bertukar hijau.

3. Budak-budak awal remaja tak merempit dengan motor. Mereka merempit dengan kereta. Kadang-kadang boleh tengok Lexus, GMC, Honda dan Camry berlumba di atas jalanraya.

saudi-arabia-3

4. Gila bola. Dari budak-budak membawa kepada bapak budak. Baju paling laku adalah jersi bolasepak. Padang bola sepak boleh dilihat di mana-mana. Namun, jangan sangkakan ia berwarna hijau. Padang mereka di atas padang pasir berbatu atau di atas jalanraya.

5. Aib menyebut nama ahli keluarga perempuan ketika berbual sesama rakan lelaki. Mereka hanya akan menggunakan ‘ibu kepada’ atau ‘adik/kakak kepada’. Contoh : Ummu Marwan (ibu Marwan), Ukhti Muhammad (kakak/adik Muhammad).

6. Berjalan sambil pegang tangan sesama lelaki adalah normal dan tidak dicop gay. Ia tanda keakraban antara sahabat lelaki. Geli-geleman, itu kau yang rasa. Diorang tak rasa apa-apa.

Baca: 12 Fakta Menarik Tentang Mekah Yang Jarang Kita Tahu

saudi-arabia

7. Jubah adalah pakaian rasmi. Kalau pergi bank tengok ada pegawai pakai suit, pasti itu bukan asal saudi atau mungkin baru balik belajar luar negara. Kesemua pejabat kerajaan, pakaian rasmi adalah jubah putih dan serban merah/putih.

8. Memakai kain pelekat di luar rumah adalah perkara mengaibkan. Ia hanya akan dipakai di dalam rumah sahaja. Kain pelikat seolah-olah pakaian tidur. Namun, terdapat bangsa seperti Yaman atau Melayu yang tinggal di Arab Saudi selamba juga pakai. Lama-kelamaan, ia menjadi biasa.

saudi-arabia-5

9. Memberi dengan tangan kanan. Makan dan minum dengan tangan kanan. Ia mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kadang-kadang, jika di restoran, anda akan ditegur secara terus jika menggunakan tangan kiri untuk minum air.

10. Pemurah hati. Arab sangat pemurah dalam bab memberi serta bersedekah. Kita dapat melihat contoh itu ketika bulan Ramadhan. Ada yang memberi makan, ada yang memberi duit kepada para jemaah umrah dan haji. Tak kurang, mereka juga handal dalam meraikan tetamu. Jika dijemput ke rumah untuk makan, bersiap sedialah longgarkan tali pinggang. Tak muat perut beb. Makanan bersilih ganti dan penuh satu meja.

11. Sendawa adalah sesuatu yang mengaibkan bagi mereka. Anda perlu menahan sendawa. Jika terlepas, anda akan dipandang serong.

saudi-arabia-4

12. Kereta jarang dicuci. Semakin kotor kereta, semakin bertambah bangga. Ini menunjukkan mereka seorang pengembara yang berjalan jauh menempuh debu padang pasir.

13. Hilux adalah merupakan kenderaan kegemaran bagi orang arab kerana ia boleh multitasking. Ketika musim biasa, ia membawa kambing dan makanan unta. Jika musim haji, ia digunakan untuk membawa orang dan dikenakan caj lalu menjadi sumber pendapatan buat mereka.

Baca lagi: Arab Saudi Pasang 5000 CCTV Dan 100,000 Pengawal Keselamatan Di Mekah Sepanjang Musim Haji

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram