Tahun ini merupakan tahun ke-4 saya bergiat aktif untuk mencapai berat badan dan bentuk badan ideal. Turun naik berat sudah lumrah orang ‘berdiet’ ini.

Sepanjang bergiat aktif pernah turun dari 100 kg ke 83 kg dalam masa 2 tahun lebih. Sekarang ini sedang menaik disebabkan tidak menjaga makan. Haha. Cukup intro di situ.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika sesi diet dan kecergasan, pengambilan kalori dan juga pembakaran kalori amat dititikberatkan oleh pengamal diet. Salah satu perkara yang boleh membantu untuk pengiraan pembakaran kalori adalah melalui ‘jam kalori’ atau ‘gelang kalori’ atau apa-apa nama yang sesuai untuk track kalori.

Saya begitu berminat dengan fitness tracker ini sehingga ramai rakan-rakan bertanya untuk mendapatkan info tentang tracker yang bagus. Saya tidak menjual. Saya cuma berusaha untuk mendapatkan reviu terbaik untuk setiap tracker.

1. Harga

Setiap kali orang bertanya tentang tracker, saya akan bertanya tentang bajet yang sanggup dikeluarkan. Kebiasaannya harga mahal, fungsi yang akan dapat lagi bagus. Harga murah, kurang fungsi.

2. Jam Atau Gelang

Jam mempunyai permukaan yang anda boleh lihat masa dan ada juga yang mempunyai fungsi seperti jam pintar yang menyediakan data-data ketika pemakainya beraktiviti.

Gelang atau band pula akan track heart rate atau data sahaja. Untuk melihat data yang telah dihasilkan, anda perlu baca melalui telefon pintar atau komputer setelah data itu dicapai dari gelang.

Bagi saya, jam lebih puas kerana boleh selalu melihat pencapaian setiap kali mahu melihatnya. Band atau gelang sedikit leceh kerana perlu menunggu untuk mendapatkannya dari telefon.

3. Chest Strap Atau Optical Sensor

Chest strap dan optical sensor ini digunakan untuk mendapatkan bacaan denyutan jantung/nadi. Chest strap dipakai di dada manakala optical sensor pula sedia bersama jam.

Bagi saya, optical sensor lebih saya sukai kerana tidak perlu memakai sensor di dada yang menyebabkan ketidakselesaaan pada badan ketika beraktiviti.

Dari segi ketepatan bacaan, memakai chest strap dikatakan lebih tepat berbanding optical sensor. Mengikut apa yang saya sudah cuba, perbezaan bacaan kalori yang dibakar tidaklah banyak sangat beza.

Cuma terpulang kepada individu untuk memilih yang mana mengikut keselesaan masing-masing.

4. Bagaimana Pembakaran Kalori Dikira

Pengiraan pembakaran kalori tidak sama untuk setiap jam atau tracker. Ada pengiraan menggunakan formula berdasarkan kadar denyutan jantung dan ada melalui formula berdasarkan pengiraan langkah yang diambil.

Mencari yang lebih tepat semestinya yang berdasarkan kadar denyutan jantung kerana kadar denyutan jantung dengan intensity yang lebih tinggi akan membakar lebih kalori berbanding pengiraan berdasarkan langkah yang mana tidak membabitkan intensity yang tinggi asalkan lebih banyak langkah, lebih banyak kalori yang dibakar dapat dibaca.

5. GPS

GPS biasanya diperlukan oleh pelari untuk melihat kawasan larian dan berapa jauh sudah mereka berlari.

6. Kalis Air

Kalis air juga merupakan sesuatu yang perlu diambil kira oleh mereka yang aktif agar mereka boleh beraktiviti dalam setiap keadaan.

7. Sleep Tracking

Ada sesetengah jam mempunyai fungsi sleep tracking iaitu bagaimana kita boleh track paten tidur kita setiap malam, adakah baik atau tidak.

8. Jenama

Jenama biasanya berkaitan dengan kualiti gajet yang ingin digunakan. Untuk masa sekarang saya mengesyorkan untuk membeli tracker yang berjenama kerana kualitinya dijamin dan waranti juga lama.

Namun akhir-akhir ini banyak tracker yang tidak berjenama di pasaran yang bagus cuma perlu dipastikan review yang cukup jika ingin membeli online atau offline.

Jenama yang biasa di Malaysia ialah Suunto, Polar, Garmin, Jawbone, Fitbit dan sebagainya. Saya mempunyai tracker dari Suunto (M2), Xiao Mi (Mi Band 2) dan 2 tracker tanpa jenama yang hanya dapat digunakan sekejap sahaja kerana rosak.

9. Aestetik

Sesetengah orang memilih berdasarkan rupa dengan tracking system yang asas. Mungkin untuk bergaya sekali. jadi tidak perlu jam lain untuk dipakai atau disimpan.

Untuk pengguna yang advance, mungkin boleh diambil kira tracker yang mempunyai performance tracking kerana kebiasannya pengguna advance mahu melihat performance dan melakukan yang lebih baik daripada data yang sebelumnya.

Contoh seperti jika kita membuat 10 km larian, tracker itu dapat memberikan performance larian mengikut setiap kilometer yang kita lari dari segi kelajuan, masa per kilometer dan sebagainya.

9 perkara ini merupakan beberapa perkara asas menurut pandangan saya untuk dijadikan panduan. Jadi pilih fitness tracker mengikut kesesuaian dan kemampuan kita.

Sebagai contoh, ada orang hanya memerlukan kiraan langkah untuk hari itu sahaja, ada orang perlukan data untuk aktiviti seperti berenang, berlari dan sebagainya, jadi pemilihan bergantung apa yang kita mahu dan mampu.

Moga tulisan ini bermanfaat dan membantu anda dalam pemilihan tracker. Selamat beraktiviti agar mendapat badan yang sihat.