Nota Editor: Luahan ini ditulis oleh seorang usahawan bernama Puan Lily Sabrina Md Saberi. Dengan izin beliau, luahan ini dikongsi semula di Vocket. Semoga kita mengambil iktibar dan bersikap jujur apabila berniaga. Sesungguhnya Allah akan membuka lebih banyak pintu-pintu rezeki dengan mudah dan banyak apabila bersikap jujur, insyaAllah.


Gambar hiasan. Kredit: Superstage.

Saya pernah bekerja dengan syarikat Cina selama hampir 7 tahun.

Sepanjang saya bekerja sebagai Pengurus Jualan dan Pemasaran saya tahu ada satu perkara yang boss saya tidak buat dan tidak mahu buat iaitu:

“Kutip hutang atau ligan (kejar) bayaran daripada pelanggan Melayu.”

Beliau sangat rapat dengan saya. Suatu hari beliau meluahkan perasaan kepada saya apabila beliau sudah tidak mampu menyimpan rasa marah dan kecewa:

“Bukan I tak mahu kutip hutang dengan pelanggan tapi I malulah. Islam ada ajar hutang mesti bayar, tapi mereka tidak bayar juga. Orang berniaga dia mahu berniaga juga, tapi orang minta bayaran dia tak mahu bayar. I tahu mereka ada duit tapi tidak mahu bayar.”

Semasa beliau cakap perkara ini saya sangat malu dan terdiam. Saya tunduk. Saya tahu beliau sudah tidak mampu menahan rasa marah dengan kontraktor Melayu yang hutang ada mencecah hampir setengah juta. Tak reti bayar!

Maka, antara sebab saya berhenti kerja setelah 7 tahun bekerja bersama beliau ialah apabila saya melihat lebih kurang 70% pelanggan kami yang berstatus syarikat bumiputera dan dimiliki Melayu sangat liat membayar hutang. Saya ditugaskan untuk membuat jualan dan kutip hutang!

Saya sendiri malu nak ligan bayaran dengan bangsa saya sendiri. Kita sudah jadi macam peminta sedekah. Yang berhutang main tarik tali. Tidak takut dihisab di akhirat nanti.

Saya malu apabila saya melihat pelanggan yang liat bayar hutang memandu Mercedes S Class dan BMW 3 Series.

Beri alasan bayaran dari pelanggan belum terima maka mereka tidak dapat bayar hutang kami. Sudah due 120 hari. Apa kes?

Kerja saya sudah macam ALONG (pemberi pinjaman dan pengutip hutang). Hari-hari ligan bayaran. 1001 alasan diberi. Stress kena jadi Along maka saya berhenti kerja.

Apa yang saya hendak kongsi di sini ialah:

1. Hutang mesti dibayar
2. Bisnes bukan untuk suka-suka dan nampak hebat
3. Buat apa bisnes besar tapi hutang sana sini tak reti bayar.

Saya belajar banyak perkara dengan boss lama saya.

Saya malu apabila orang kita berniaga tidak jujur dan amanah. 7 tahun bekerja saya tidak pernah ada masalah apabila berurusan dengan pelanggan bangsa Cina.

Payment on time dan tak banyak ragam.

Orang kita?

Jom ubah. Jom berubah. Jom jadi jujur dan amanah. Tak susah kalau berniaga berlandaskan tuntutan Islam. InsyaAllah kita boleh. Aamin.

Nota: Tidak semua orang kita macam kes di atas. Tidak semua bangsa Cina seperti di atas.

BACA: Kisah Usahawan Ini Yang Diuji Dengan Wang Ringgit Dan Apa Yang Beliau Utamakan

BACA Lagi: Kisah Roti Expired Yang Mengajar Usahawan Terkenal Ini Melihat Peluang

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram