Ka’bah  merupakan sebuah tempat yang menjadi pengukur arah kiblat bagi umat muslim dan digunakan untuk mejalankan ibadah haji. Banyak kisah-kisah menarik dalam sejarah Islam bercerita tentang pembangunan Ka’bah.

Ka’bah sinonimnya dikenali sebagai bangunan berbentuk persegi dan diselimuti kain hitam. Tahukan anda, Ka’bah memiliki beberapa fakta menarik yang jarang diketahui ramai. Di sini kami kongsikan 10 di antara perkara menarik tentang Ka’bah yang anda perlu tahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

1. Ka’bah Dibina Beberapa Kali

Ka’bah pernah rosak akibat terkena bencana alam seperti banjir dan termasuk juga akibat serangan. Oleh kerana itu Ka’bah pernah dibina semula beberapa kali. Menurut pakar sejarah, Ka’bah pernah dibina semula sebanyak 12 kali.

Pengubahsuaian yang terakhir adalah pada tahun 1996 dengan menggunakan teknologi pembangunan terkini yang lebih kuat dan kukuh.

2
Gambar proses dibina semula pada tahun 1996

Tahukah anda, Nabi Muhammad S.A.W, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Adam juga pernah turut serta dalam proses pembinaan Ka’bah?

2. Warna Kiswah

Dahulu Kiswah berwarna-warni, adakalanya ditukar dengan warna merah, hijau dan putih. Namun sekarang Ka’bah diselimuti dengan kain hitam dengan sulaman kaligrafi dari benang emas. Inilah satu-satunya warna yang digunakan sehingga sekarang.

3

3. Bentuk Ka’bah

Ka’bah pada asalnya bukan berbentuk petak persegi, tetapi terdapat satu bahagian berbentuk melengkung. Semasa ia dibina semula oleh Kaum Quraish, mereka kehabisan dana sebelum sempat disiapkan. Oleh kerana ini Ka’bah dibangunkan semula lebih kecil dari bentuk asalnya. Ruang yang ditinggalkan itu kini dipanggil Hatim atau Al-Hijr.

4. Ka’bah Memiliki 2 Pintu

Asalnya Ka’bah memiliki 2 pintu dan satu tinggkap, satu untuk masuk dan satu pintu lagi untuk keluar. Tetapi sekarang Ka’bah hanya mempunyai satu pintu sahaja tanpa tingkap.

4

5. Di Dalam Ka’bah

Seringkali menjadi pertanyaan, apa yang ada di dalam Ka’bah sebenarnya. Ka’bah disokong oleh 3 batang tiang di dalamnya. Di dinding pula terukir nama-nama tokoh-tokoh hebat yang pernah membangunkan Ka’bah. Pada bahagian atas pula terdapat kain hijau dengan ukiran ayat-ayat Al-Quran.

6. Hajar Aswad

Batu Hajarul Aswad dahulunya merupakan seketul batu yang besar, tetapi sekarang ia terbahagi kepada 8 keping pecahan dengan saiz yang berbeza-beza. Semuanya kini diletakan dalam satu bingkai perak.

Di antara faktor yang menjadi kerosakan Hajar Aswad adalah disebabkan banjir dan pernah dicuri. Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang membuat bingkai perak untuk Hajar Aswad.

7. Kunci Ka’bah

Hanya satu keluarga yang memagang kunci Ka’bah iaitu mereka dari keturunan Bani Shaiba. Ketika Nabi Muhammad menyerahkan kunci kepada Osman bin Talha, waktu inilah Osman bin Talha mengatakan kunci Ka’bah ini akan dipegang oleh keluarganya secara turun-temurun sehinggalah kiamat.

8

8. Ka’bah Dibersihkan 2 Kali Setahun

Ka’bah dibersihkan 2 kali setahun iaitu pada pertengahan bulan Sya’ban dan selepas musim haji. Ia dibersihkan dengan satu campuran pencuci khas daripada air Zam-Zam. Setiap kali aktiviti ini, gabenor Mekah akan menjemput beberapa orang kenamaan untuk menyertainya bersama.

9. Pintu Ka’bah Pernah Dibuka Untuk Semua Orang

Alangkah beruntungnya jika dapat masuk ke dalam Ka’bah. Dahulu pintu Ka’bah dibuka untuk semua orang, ramai orang masuk ke dalamnya untuk berdoa. Semakin hari semakin ramai, sehinggalah ia tidak boleh menampung jumlah yang banyak.

Disebabkan ini pintu Ka’bah ditutup dan sekali-sekala hanya dibuka untuk tetamu khas sahaja.

10

10. Tawaf Tidak Pernah Berhenti.

Ini fakta paling menarik tentang Ka’bah dan mungkin sukar untuk dipercayai. Tawaf disekitar Ka’bah tidak pernah berhenti kecuali ketika adanya doa berjemaah. Bahkan semasa berlakunya peristiwa banjir, orang melakukan tawaf dengan berenang.

Baca juga: 12 Fakta Menarik Tentang Mekah Yang Jarang Kita Tahu

Sumber