Indahnya bulan Ramadan dan pejam celik, sudah hampir sebulan kita berpuasa. Di bulan Ramadan inilah kita belajar untuk tidak membazir dan salah satu cara untuk elak pembaziran adalah dengan berkongsi.

Kita masih berbaki 10 hari di bulan Ramadan dan jom kita recap perkara-perkara yang sering kongsi sepanjang bulan Ramadhan ini.

1. Desserts/kuih muih

muih kuih

Mata apabila ke bazar Ramadan pasti terus jadi rambang lagi-lagi apabila melihat kuih muih. Warna kuih yang berwarna-warni memang buat kita terliur.

Rasanya kita dan rakan selalu sahaja beli kuih yang berlainan sebabnya nanti ketika berbuka, dapatlah merasa setiap kuih yang dibeli.

2. Kurma

kurma

Kalau tak ada kurma, tak lengkaplah Ramadan. Ini adalah juadah paling mudah untuk didapati sepanjang Ramadan dan juga sangat mudah untuk dikongsi bersama.

Ada juga yang siap sedia satu kotak kurma di dalam kereta. Jika anda pulang dari kerja dan tak sempat sampai ke rumah tepat pada waktu berbuka, sekurang-kurangnya anda ada buah kurma untuk dimakan kan? Kalau ada rakan yang menumpang, beliau pun bersyukur dapat berbuka dengan buah kurma yang ada.

3. Kereta

bazar-ramadhan

Kita dah tahu kalau ke bazar Ramadhan, mesti susah hendak cari parking. Apa solusi untuk permasalahan ini? Carpool sahaja dengan teman atau keluarga. Disamping lebih mudah, dapat jimat minyak dan masa untuk cari parking bukan?

Carpool ini bagus sebenarnya. Kalau nak bershopping ke Jalan TAR pun senang kalau kongsi kereta ini. Jadi berkongsi kereta ini boleh kata sesuatu yang sangat penting di bulan Ramadan ini.

4. Seterika

iklan-zaman-dulu-seterika-national-79

Paling crucial terutamanya pada minit-minit terakhir sebelum hari raya. Siapa sahaja yang mahu pakai baju kedut di pagi raya kan? Jika anda pulang raya awal di kampung, memang kena berbarislah sebab biasanya seterika ada satu sahaja.

Tip untuk elak kesesakan ini adalah bawa sendiri seterika anda dari rumah ketika pulang ke kampung. Tidaklah anda bersesak dengan saudara mara anda nanti!

5. Kongsi kegembiraan dengan teman atau yang tersayang

IMG_9515

Perasaan paling menggembirakan semestinya apabila kita buat sesuatu untuk suprise-kan teman atau yang tersayang. Apa salahnya di bulan Ramadhan ini, kita kongsi kegembiraan dengan bantu isi akaun prepaid mereka.

Lagi-lagi dengan kempen #NiatBersama ini, anda akan terima banyak ganjaran dari MyDigi. Anda cuma perlu kumpul kesemua badges dari “Reload for other” dan Digi akan pilih 50 pemberi paling banyak buat perkongsian kredit untuk menang hadiah menarik antaranya RM50 Digi Cash Voucher, telefon pintar Vivo Y66 dan Samsung Galaxy Note 8!

Caranya pun mudah. Anda hanya perlu ke aplikasi MyDigi dan ikut sahaja caranya seperti gambar dibawah.

IMG_9516

Anda pergi ke Digi share, kemudian isikan nombor kawan atau keluarga yang anda ingin gembirakan.

IMG_9514

Setiap perkongsian anda akan menerima 1 badges seperti dibawah:

IMG_9515

Ramadan masih tinggal beberapa hari, ada masa lagi untuk anda kumpulkan kelima-lima badges dan berkongsi perkara-perkara ini. Mudah-mudahan dapat telefon pintar baharu. Mari kita #NiatBersama! Untuk maklumat lanjut tentang ganjaran awesome ini, boleh klik di sini.