Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini muncul dakwaan mengatakan nama perniagaan baharu Sharifah Rose menciplak jenama tempatan. Tidak hanya itu, pemilik jenama tempatan, Sekuntom mengatakan konsep dibawa oleh Sharifah Rose sama dengan konsep jenamanya.

Oleh itu, Sharifah Rose muncul memberikan penjelasan atas isu yang sedang hangat diperkatakan orang ramai. Menurutnya, kajian telah dijalankan sebelum pemilihan nama perniagaan dilakukan.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Tambahnya, nama Sekuntum dipilih kerana ia adalah panggilan namanya oleh keluarga sejak kecil. Malah, pelbagai aspek telah dipertimbangkan sebelum memilih nama tersebut.

Sharifah Rose hanya mengetahui sebuah lagi jenama tudung yang mirip dengan Sekuntum selepas melancarkan bahan promosi dalam Instagram. Lantaran itu, Sharifah Rose memohon maaf sekiranya pihaknya telah mencetuskan kekeliruan dan menegaskan bahawa tidak mungkin pihaknya akan meneruskan proses perniagaan jika dakwaan itu benar.

Malah, Sharifah Rose mengambil iktibar dari isu ini untuk dijadikan pengajaran buat diri dan perniagaannya. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan di atas isu yang tular.

Bagi anda yang terlepas isu ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

‘Ejaan Sahaja Berbeza’- Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?

Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Netizen Simpati Lihat Pemuda Ini Menangis

Cetus Kontroversi, dUCk Didakwa Plagiat Rekaan Aksesori Tudung Jenama Bokitta