Budaya memboikot atau setidaknya cubaan untuk memboikot bukanlah satu perkara yang baru dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya melalui gerakan yang dilakukan netizen di platform media sosial.

Beberapa kejadian sebelum ini seperti kempen membeli barangan buatan Muslim sahaja Buy Muslim First membuktikan bagaimana sesetengah daripada kita sanggup dan akan melakukan tindakan memboikot sesuatu produk ataupun jenama yang dianggap mempunyai masalah dengan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan kini selepas kempen yang tular seperti sebelum ini, syarikat barangan kelengkapan rumah luar negara- IKEA pula dilihat bakal turut melalui nasib sama dengan beberapa jenama yang pernah diboikot atau cuba diboikot sebelum ini.

Semuanya hanya kerana kempen mereka yang difahamkan memberi sokongan kepada komuniti LGBTQ di Amerika Syarikat dimana mereka mengeluarkan beg bermotif pelangi bagi tujuan tersebut.

105628676_10157797680443757_5632677554610722784_o
Gambar Banner Ikea Yang Tular Sejak Beberapa Hari Ini [Kredit: Pengguna Facebook]
Idea untuk memboikot rangkaian gudang menjual barangan kelengkapan rumah itu bermula selepas beberapa hantaran media sosial oleh netizen dalam negara mula berkongsikan gambar banner milik IKEA yang memaklumkan kempen tersebut.

Banner tersebut yang memaparkan gambar beg membeli-belah ikonik IKEA dengan warna pelangi- berbeza dengan warna biru seperti kebiasaannya dan menerangkan 30 peratus hasil jualan daripada jualan beg itu akan disumbangkan bagi tujuan hak asasi manusia berkait komuniti LGBTQ.

Cadangan dan idea untuk memboikot jenama ini boleh dilihat di beberapa platform media sosial terutamanya di Facebook dan Twitter dan boleh diperhatikan bila pengguna membuat carian menggunakan kata kunci ‘boikot IKEA’.

Kempen di luar negara bukan di Malaysia

Bagaimanapun, semakan kami mendapati kempen tersebut difahamkan berlaku di luar negara dan bukannya di Malaysia. Malah semakan di laman sesawang IKEA mendapati kempen tersebut diadakan di cawangan Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga Ireland serta tidak melibatkan cawangan di Malaysia.

Kempen tersebut menurut pihak IKEA diadakan bersempena dengan sambutan Pride Month malah segala hasil sumbangan daripada pelanggan yang membeli beg pelangi itu akan disumbangkan kepada badan berkait LGBTQ di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

ikea-rainbow-lgbt-pride-bag-dezeen-sq2
IKEA FRAKTA

Untuk rekod beg model Frakta itu mula dilancarkan pada tahun lalu di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai Kvantig sebagai salah satu usaha sama bersama badan Human Rights Campaign Foundation.

Kemudiannya untuk tahun ini, beg tersebut kembali ditawarkan sekitar United Kingdom dan juga Ireland dan dikenali dengan nama Storstomma dimana hasil daripada jualan produk itu akan disumbangkan kepada beberapa badan berkait LGBTQ di dalam negara itu.

Motif ataupun bendera berwarna pelangi sebelum ini memang terkenal sebagai simbol kepada golongan LGBTQ di seluruh dunia dan sering digunakan dalam kempen kesedaran dan perhimpunan awam bagi mewakili komuniti tersebut.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas bakal memboikot atau mengadakan bantahan rasmi secara berkumpulan, namun hantaran-hantaran tersebut memberi bayangan sesetengah netizen ini tidak akan berkira untuk memboikot rangkaian tersebut sekiranya pihak IKEA tidak menurunkan banner tersebut.

Perlu atau tidak?

Jadi secara kesimpulannya jika kempen tersebut dijalankan di luar negara dan tidak melibatkan hasil pembelian daripada rakyat tempatan sudah pastinya mereka yang berkira-kira untuk melakukan boikot ini perlu berfikir dua kali kerana secara logiknya setiap pembelian yang dilakukan tidaklah menyumbang kepada kempen tersebut.

Malah semakan yang dilakukan di laman sesawang IKEA Malaysia juga tidak menemui beg tersebut untuk dijual dan gambar banner yang dimuat naik juga menggunakan mata wang USD dan bukannya ringgit Malaysia.

Bagaimana pula pendapat anda mengenai perkara ini?

IKEA Malaysia baru-baru ini mengumumkan mereka sedang mengadakan jualan murah sehingga akhir bulan ini. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. 

Lebih 900 Produk Di IKEA Malaysia Turun Harga Mulai Hari Ini Untuk Anda Rebut

IKEA Linnmon Mudah ‘Patah’ Dan Tidak Sesuai Jadi Meja Komputer?