Pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (Faedah Penuh) bermula pada 1 Januari bagi menggantikan Bantuan Interim Sistem Insurans Pekerjaan yang sebelum ini diberikan kepada pekerja yang hilang pekerjaan dengan kadar tetap iaitu RM600 bagi tempoh maksimum 3 bulan sebelum mendapat pekerjaan yang lain.

Berdasarkan rekod sepanjang 2018, Sistem Insurans Pekerjaan telah menerima permohonan interim daripada 23,185 orang pekerja yang hilang pekerjaan dan sehingga kini sebanyak RM16.88 juta faedah interim telah diberi oleh PERKESO kepada pekerja yang telah disahkan hilang pekerjaan dan layak menerima bantuan interim tersebut.

Pencarum-PERKESO-1

PERKESO juga telah mewujudkan portal EIS bagi memudahkan Orang Berinsurans PERKESO membuat tuntutan faedah SIP. Pencarum SIP yang hilang pekerjaan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan adalah layak menerima bayaran faedah penuh oleh SIP.

Bermula 1 Disember 2018, bagi pekerja yang hilang pekerjaan dan telah cukup mencarum sebanyak minimum 11 bulan caruman, mereka layak untuk menuntut faedah penuh SIP (full-fledged) seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) dan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).

Untuk maklumat lanjut mengenai Sistem Insurans Pekerjaan ini anda bolehlah melayari laman web rasmi PERKESO ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber