Situasi COVID-19 yang tidak menentu telah memberi kesan kepada pekerjaan di Malaysia. Dilaporkan sebanyak 42% orang hilang pekerjaan di Malaysia pada suku pertama tahun 2020.

Kajian ini telah diterbitkan oleh Sistem Insurans Pekerjaan (EKOS) Organisasi Jaminan Sosial (PERKESO) dalam laporan berjudul Employment Outlook for the 1st Quarter of 2020: The Impact of COVID-19 on Loss of Employment (LOE).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kajian ini mendapati bahawa banyak perniagaan mengalami penurunan permintaan dan tidak beroperasi seperti biasa sehingga menyebabkan banyak orang kehilangan kerja.

“Trend ini dijangka akan meningkat dari April 2020 dan seterusnya, dengan kehilangan pekerjaan meningkat 50% hingga 200% tahun ke tahun untuk setiap suku berikutnya pada tahun 2020,” kata laporan tersebut.

PERKESO meramalkan bahawa kadar pengangguran dalam negara akan mencapai tahap tertinggi iaitu 4%. Menurut laporan itu, kadar pengangguran tertinggi di negara ini adalah 3.2% semasa krisis kewangan Asia 1997 dan 3.7% semasa Kemelesetan Besar pada tahun 2008.

Laporan itu turut menyebut bahawa golongan muda mempunyai kadar pengangguran yang stabil dari 8% hingga 11% tahun ini. Manakala 61% orang yang kehilangan kerja adalah di kalangan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah, dengan umur di antara 31 hingga 40 tahun menyumbang 32%, dan pekerja di bawah 30 tahun menyumbang kepada angka selebihnya iaitu 29%.

Jantina juga memain peranan di mana pekerja lelaki juga lebih cenderung diberhentikan berbanding wanita, di mana kaum lelaki memegang 60% kadar kehilangan pekerjaan dan wanita pula adalah 40%. Walau bagaimanapun, laporan itu mengatakan, “Ini mungkin mencerminkan fakta bahawa terdapat lebih banyak lelaki daripada wanita dalam sektor kerja.”

Dua industri terbesar di Malaysia – pelancongan dan pembuatan – paling teruk dilanda krisis ekonomi yang disebabkan oleh wabak COVID-19. Dari 7.5 juta pekerja aktif yang berdaftar dengan PERKESO pada tahun 2019, sektor pelancongan dan pembuatan merangkumi 38% tenaga kerja, masing-masing sekitar 1.5 juta pekerja.

Lebih separuh daripada perniagaan yang dimiliki oleh syarikat besar dengan lebih dari 200 pekerja di sektor pelancongan telah ditutup. Manakala sektor pembuatan telah merekodkan pemberhentian pekerja yang paling banyak untuk mengurangkan kos setelah terpaksa menutup kilang mereka.

Majikan yang tidak memberhentikan pekerja telah memilih untuk melaksanakan langkah-langkah pemotongan kos, seperti mengurangkan gaji pekerja mereka. PERKESO juga mendapati bahawa 79% daripada orang yang kehilang kerja berlaku di lima negeri, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, dan Kedah.

Di waktu yang sukar ini, kerajaan telah berusaha keras untuk mengelak berlakukan pemberhentian kerja dengan menawarkan subsidi kepada majikan dan elaun pekerja untuk mengambil cuti bergaji. Sebanyak RM14.05 bilion telah diperuntukkan untuk pembiayaan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU), di samping meningkatkan manfaat EIS PERKESO. Lebih 36,000 majikan telah memohon ERP, sementara 289,000 majikan memohon PSU.

Laporan itu turut mengatakan bahawa 79% perniagaan tidak dapat beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dan menghadapi penurunan penjualan. Namun, 93% majikan yang memohon bantuan kerajaan merasakan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan telah membantu mereka untuk terus bertahan.

Untuk bacaan lanjut kertas kajian yang lain, klik pautan di bawah.

COVID-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Menurut Kajian Universiti Dari Singapura

Kajian Menunjukkan Mereka Yang Memulakan Perniagaan Diusia 45 Tahun Keatas Lebih Berjaya

9 Bulan Kajian Dengan Kos RM5 Juta Bagi Mengkaji Jambatan Ketiga Malaysia – Singapura

Sumber