Dijadualkan mula beroperasi pada Jun ini, perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) dari RapidKL ini akan mencatat sejarah sebagai perkhidmatan bas elektrik sepenuhnya negara yang pertama di malaysia.

Bus Rapid Transit (BRT) adalah sebuah konsep pengangkutan baru yang mengabungkan ciri-ciri sistem kereta api dengan pengangkutan bas sedia ada. Dengan gabungan ini, terhasillah satu sistem pengangkutan bas dengan penggunaan laluan khusus khas untuk bas tertentu sahaja. Dengan hanya mengaplikasikan konsep ini, secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelanjaan jutaan ringgit berbanding membina sistem kereta api yang baru.

Kelajuan maksimum setiap bas ialah 80km/jam, bas-bas ini turut dilengkapi sepenuhnya dengan fasiliti golongan OKU untuk keselesaan mereka, setiap bas mampu menampung sebanyak 67 penumpang pada satu masa. Perkhidmatan ini jika beroperasi sepenuhnya mampu menampung sebanyak 2,400 penumpang pada setiap jam.

Apa pendapat anda, adakah usaha ini akan memberi kesan kepada anda atau tidak? kongsikan pendapat anda di ruang komen.

brtsunway_station

edit_img_2529

teaser_brt_1

teaser_brt_3

7 KOMEN
  • yaaa penuh dgn warga asing….btw cantik nampak moden

  • brt ni dh pernah ade di negara mane sblm ni?

  • dgn mutu penyelenggaraan kenderaan yg kita sedia maklum, kita tunggu dan lihat berapa lama perkhidmatan ‘bas-bas’ ini bolih bertahan.

  • Bukan bas pertama tercanggih org al arqam yg msuk kn dlm malaysia ke..sblum ade nye bas 2 tingkat dlm malaysia diorg buat bas sendiri di Thailand then pusing 1 malaysia..

  • peluang kerja nie…..alhamdulillah..rezeki2

  • dlm video korporat pasca kemodenan Malaysia ni dan kebanyakan clips yg aku perati..perkara yg sama aku nampak…,guna bahasa international english..bermakna video tidak disasar kpd mereka yg xtau bahasa English aka org kt kampung2..,dan project line up dia xde yg Melayu..,hahaha…musykil…tapi well done..!!

  • Kalau SUNWAY sendiri yang menanggung kos peyelenggaraan bas dan segala fasiliti yang terlibat, aku yakin perkhidmatan ni akan berterusan. PRASARANA mesti kene tingkatkan kualiti perkhidmatan bas yang sedia ada. Kita tengok pula nt brapa kos tambang yang bakal dikenakan. Harap2nya, berpatutan. Sbb sistem camni sgt2 diperlukan di KL.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤