Sudah hampir 3 minggu aku berkelana seorang diri di Thailand bermula dengan perjalanan keretapi dari selatan Thailand iaitu Sungai Golok sehingga ke Bangkok selama 28 jam dan menuju ke utara Thailand secara hitchike (tumpang kenderaan secara rawak).

Selepas 2 minggu berada di jalanan dan di dalam hutan utara Thailand, tiba masanya untuk aku turun kembali ke selatan bagi pulang di Malaysia. Dan kali ini aku ingin mencuba perkhidmatan bas di Thailand. Ianya ternyata jauh berbeza dengan perkhidmatan bas di Malaysia (bukan status provokasi hanya perbandingan, ada pro dan kontra).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aku bagi 5 bintang penuh buat perkhidmatan bas Thailand.

Persoalan di sini adalah kenapa 5 bintang? Ini sebabnya.

1

1. Murah
Perjalanan dari Chiang Mai menuju ke Bangkok adalah selama 14 jam dengan bas dan bayaran adalah sebanyak 488 baht (RM60) dan dari perjalanan bas dari Bangkok ke Samui memakanan masa 13-14 jam perjalanan dengan berharga 510 baht (RM63).

6

2. Selesa
Pelbagai bas telah aku cuba samada di Eropah, Asia tengah, Asia selatan, Jepun, Korea dan sebagainya. Bagi tahap keselesaan bas Thailand aku memberi 4.5/5 bintang. Ketika menaiki bas, penumpang akan diberikan selimut dan sesetengah syarikat bas juga menyediakan ‘pillow neck’ bagi penumpang.

Aku masih ingat pada suatu ketika dahulu syarikat bas Trannasional di Malaysia juga mengamalkan seperti ini dimana dengan memberi kacang dan juga selimut buat penumpang tetapi sekarang tiada lagi bas yang membuat perkhidmatan seperti berikut.

3. Pemilihan Servis
Setiap perjalanan ada dua jenis servis bas di sediakan iaitu biasa dan juga VIP. Perbezaannya antara bas biasa mempunyai 40 tempat duduk seperti mana bas biasa yang kita lihat kini dan bagi VIP bas mereka menyediakan 28 tempat duduk sahaja dan ini memberi lebih keselesaan buat penumpang yang menggunakan servis VIP. Perbezaan harga tidaklah begitu ketara. Ianya hanya RM20-30 sahaja berbanding dengan bas biasa.

4. Lengkap Beruniform
Pemandu dan juga kelindan/pramugara/pramugari diwajibkan memakai unform lengkap seperti pilot dengan baju putih dan tali leher dan baju diwajibkan masuk ke dalam. Tampak lebih kemas dan professional ketika melakukan kerja.

5. Makanan & Minuman Disediakan
Setiap bas akan menghidangkan satu botol minuman, satu atau dua paket roti dan juga sepaket jus minuman. Ianya akan diberi buat semua penumpang dan ianya percuma. Bagi perkhidmatan bas malam dan tiba di destinasi pagi, pramugara/pramugari akan menyediakan kopi atau tea panas buat penumpang. Best kan?

7

8

6. R’n’R (Hentian Rehat)
Ketika perhentian bas, semua penumpang diberi lagi makananan percuma dengan menunjukkan resit tiket. Bagi yang menggunakan servis bas VIP, terdapat ruangan khas VIP dengan meja bulan dan pelbagai makanan boleh dipilih secara percuma dan bagi pemegang tiket bas biasa, bubur nasi, ikan kering, ayam masak merah dan telur rebus dihidangkan.

Dan apa yang lebih penting, mereka mempunyai dua ruangan iaitu halal dan juga tidak halal. Seperti mana RnR yang lain, barangan runcit seperti air, snek atau makanan ringan yang lain turut dijual tetapi harga sedikit mahal dari biasa.

7.  Simpanan Bag Diberikan Tag Khas
Bag hanya boleh dituntut dengan menunjukkan tag yang diberi, bermakna bag anda akan lebih selamat. Jika tiada tag, anda tidak boleh ambil bag tersebut. Di Malaysia, banyak kes kehilangan bag di dalam bas ketika turun.

Ramai yang mengambil kesempatan dengan mengambil bag orang lain dan berlalu begitu sahaja. Tetapi dengan tag khas, kita tidak dibenarkan ambil bag tanpa penyerahan balik tag tersebut.

8. Tandas Di Dalam Bas
Setiap bas mempunyai tandas dan tandas di dalam bas amat-amat bersih. Ruangan tandas dipisahkan oleh pintu kedap supanya tidak mengganggu penumpang dengan bau yang kurang selesa jika ada sesiapa yang menggunakan tandas. Ruangan antara pemandu bas dan penumpang juga dipisahkan oleh pintu jadi penumpang akan merasa lebih selesa untuk tidur dan tidak terganggu dengan permandangan depan.

9. Sekatan Jalan Raya
Ketika di dalam perjalanan, banyak roadblock, polis dan juga askar terpaksa dihadapi menjadikan pemandu lebih berhati-hati mengelakkan diri dari disaman. Buat penumpang juga akan lebih selamat.

10. Driver 1, Driver 2 & Kelindan
Kebanyakan bas, kelindan/pramugara/pramugari tidak memandu bas. Tugas mereka adalah membantu penumpang. Bagi setiap bas, mereka mempunyai 2 driver di mana akan bertukar tugas selepas tiba di perhentian. Driver 1 akan memandu dahulu di mana driver 2 akan rehat di ruangan rehat di dalam bas. Jadi, total service person di dalam bas adalah 3 orang kesemuanya.

Sedikit sebanyak pandangan aku terhadap perkhidmatan bas di Thailand. Bagi sesiapa yang ingin menambah maklumat tambahan,boleh tambah di ruangan komen. Terima kasih.