Ini berita baik buat anda yang berada di luar Lembah Klang kerana GrabFood kini bakal memperluaskan kawasan penghantarannya ke 5 kawasan baharu iaitu Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 22 April 2019.

Malah, anda tidak memerlukan aplikasi GrabFood untuk membuat pesanan anda kerana ianya akan tersedia dalam aplikasi Grab anda. Ia akan lebih memudahkan anda untuk membuat pesanan.

Pastinya anda teruja dengan perkhabaran ini kerana ia akan memudahkan urusan anda dan perkhidmatannya yang cepat akan menjimatkan masa anda.