Menerusi data yang dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF), perkhidmatan kereta api di negara ini merupakan di antara yang terbaik di rantau Asia Pasifik apabila Malaysia disenaraikan di tempat ketiga setelah Jepun dan Korea mendahului dengan tempat pertama dan kedua.

Kedudukan skor Malaysia dengan dua lagi buah negara itu tidak mempunyai banyak perbezaan apabila dicatatkan Malaysia telah memperoleh skor sebanyak 5.2 daripada 7 skor penuh, manakala Jepun dan Korea pula memperoleh skor sebanyak 6.6 dan 5.9.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

41544605253_freesize

Pemilihan kedudukan negara terbaik bagi perkhidmatan kereta api dipilih melalui data yang dikumpul oleh kaji selidik dengan memberikan rating 1 sebagai tidak cekap dan 7 untuk paling cekap yang telah dilakukan kepada peserta kaji selidik dengan mengambil kira empat aspek iaitu kekerapan, ketepatan masa, kelajuan dan harga.

Setelah Malaysia disenaraikan di tempat ketiga, diikuti pula dengan Indonesia, China, Australia, New Zealand, Vietnam, Mongolia dan Thailand yang turut tersenarai dalam 10 perkhidmatan kereta api terbaik di Asia Pasifik.