ALTEL merupakan salah satu syarikat telekomunikasi milik bangsa melayu yang sudah lama bertapak di Malaysia untuk memenuhi keperluan komunikasi seharian. Walaupun masih mempunyai jumlah pengguna yang meluas, kini pihak ALTEL mempunyai perancangan lain untuk servisnya dalam masa terdekat ini.

Pihak ALTEL kini mengumumkan perkhidmatan prabayar ALTEL akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2022 selepas menjalankan operasi telekomunikasinya selama 10 tahun. Penamatan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan semula aktiviti perniagannya di bawah Kumpulan Syarikat ALTEL.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Yahoo Facebook

Dengan langkah ini, para pengguna yang terjejas diminta untuk beralih ke syarikat telekomunikasi lain sekiranya ingin mengekalkan nombor. Pengguna juga diberikan pilihan untuk dipindahkan ke perkhidmatan Celcom bermula hari ini.

ALTEL menambah lagi dengan menyatakan mereka akan melakukan bayaran balik kredit berbaki kepada pengguna yang menamatkan perkhidmatan atau beralih ke Celcom. Anda boleh membuat permohonan bayaran balik kredit menerusi pautan ini.

Sekiranya anda ingin berpindah ke penyedia perkhidmatan lain, proses menukar rangkaian tersebut perlulah dilakukan sebelum 15 November 2022. Pelanggan yang memilih untuk menukar rangkaian ini tidak akan menerima bayaran balik baki kredit.

Buat pelanggan prabayar ALTEL yang tidak melakukan sebarang perkara, maka nombor ALTEL akan dipindahkan secara automatik ke Celcom bermula 1 Disember 2022 kelak dan tidak akan menerima bayaran balik kredit.

Sumber