Go-Jek merupakan sebuah servis e-hailing atau seru-pandu yang berasal dari Indonesia. Syarikat ini berjaya menjadi syarikat e-hailing paling popular di Indonesia berikutan penawaran perkhidmatan seru-padu motorsikal yang menjadi pilihan ramai berikutan harganya yang berpatutan.

Terbaru, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke telah mengumumkan pelan Go-Jek untuk memasuki pasaran Malaysia dalam menawarkan servis yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1_5qZ8X0slsrk-Hn4FELAmWg
Sumber: Medium

Difahamkan pelan Go-Jek ini masih lagi diperingkat awal dan belum diketahui bilakah syarikat ini sah beroperasi di Malaysia. Penawaran seru-pandu motorsikal ini secara tidak langsung memerlukan Kementerian Pengangkutan menggubal sebuah undang-undang khas buat mereka yang berminat untuk menjadi pemandu Go-Jek.

Selain Malaysia, setakat ini Go-Jek sedang melebarkan sayap dalam menawarkan servis mereka ke Thailand dan Vietnam. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana penerimaan orang ramai mengenai perkhidmatan seru-pandu motorsikal ini. Adakah syarikat e-hailing berasaskan kereta akan terkesan dengan kemasukan Go-Jek atau sebaliknya?

Sumber