Pada 22 Februari 2016, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Viu, perkhidmatan video-atas-permintaan (VOD) Over-the-Top (OTT) daripada Vuclip, syarikat media milik PCCW, hari ini mengumumkan kerjasama antara kedua-dua pihak dengan pelancaran Viu di Malaysia.

Viu merupakan perkhidmatan OTT freemium dan membawakan kepada para pelanggan kandungan tempatan dan tersendiri yang berkualiti tinggi dan terkini dari studio-studio penerbitan yang terbaik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Viu buat pertama kalinya di Malaysia bakal menawarkan pelbagai pilihan kandungan hiburan terbaik untuk para pelanggan jalur lebar kami di seluruh negara selari dengan janji jenama TM ‘Hidup Lebih Mudah’.

Bermula pertengahan Mac 2016 ini, pelanggan jalur lebar UniFi dan Streamyx TM akan dapat menikmati akses kepada Viu, sebagai sebahagian daripada langganan mereka, sebagai tambahan kepadan penawaran perkhidmatan HyppTV.

Selain daripada kandungan menarik yang sudahpun sedia ada di platform HyppTV , pelanggan jalur lebar TM pastinya teruja untuk menikmati pelbagai kandungan unik dan terkini daripada program-program Korea, Cina, Bollywood, Tamil, Indonesia dan Malaysia, sambil kami terus memberikan pengalaman tontonan yang menyeluruh.

Viu akan menawarkan lebih daripada 10,000 jam kandungan premium Asia pada tahun 2016 daripada penyiar program TV terbaik di Korea iaitu KBS, MBC, CJ dan SBS. Ini termasuk 3,700 jam drama Korea yang terbaharu dan pelbagai siri drama terkini seperti Oh My Venus, Moorim Scool dan rancangan kegemaran sepanjang masa, The Running Man.

Berita baik buat penggemar cerita-cerita dari Korea, Viu menjanjikan program-program akan disediakan seawal tempoh masa 8 jam selepas tayangan perdananya di Korea dan dengan sari kata Bahasa Malaysia dalam tempoh masa 24 jam. Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Harga & Ketersediaan

Viu ditawarkan sebagai perkhidmatan freemium, di mana penonton di Malaysia mempunyai akses kepada beribu-ribu jam kandungan secara percuma. Pelanggan juga boleh melanggan kepada segmen premium perkhidmatan tersebut yang merangkumi pengalaman tanpa iklan, serta akses kepada kandungan premium tambahan pada kadar RM10 sebulan.

Viu boleh diakses menerusi telefon mudah alih dan tablet serta komputer dengan memuat turun aplikasi Viu di Google Play atau layari www.viu.com.my pada browser komputer anda. Viu akan boleh didapati di Apple App Store tidak lama lagi.