Jambatan Pulau Pinang mempunyai kepanjangan 13.5 kilometer dapat menghubungkan orang ramai dari tanah besar semenanjung di Seberang Perai untuk masuk ke Pulau Pinang melalui Lebuhraya Glugor, Bayan Lepas.

Sejak ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 1985, pelbagai kisah-kisah aneh dan misteri yang berlaku kepada pengguna jambatan tersebut sehinggalah ke hari ini.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna TikTok, @adameji7 telah memuat naik satu video menceritakan perihal salah satu perkara yang sering berlaku di jambatan Pulau Pinang sehingga mendapat perhatian pengguna lain di platform tersebut.

Menurut @adameji7 andai kata ada pengguna jambatan tersebut ternampak ada kenderaan tanpa pemilik yang diletakkan di lorong kiri, ada kemungkinan pemilik kenderaan tersebut telah menamatkan nyawanya dengan terjun dari jambatan masuk ke dalam laut.

@adameji7

Condolences to the respective families. Sedih sebenarnya… #fyp #fypdongggggggg #pulaupinang #africanmalaysian #adameji7

♬ original sound – Ejiofor Young – Adam Eji

Rata-rata maklum balas yang diberikan oleh pengguna TikTok lain menyatakan sebelum ini mereka hanya ingatkan kereta atau motosikal terbiar di tepi jalan itu rosak ditinggalkan pemilik atau orangnya berehat sebentar di tepi jambatan.

‘Kisah sebenar’ yang dikongsikan oleh @adameji7 itu telah membuat mereka terkejut dan berasa simpati dengan kejadian yang berlaku terhadap pemilik-pemilik kenderaan tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @adameji7
Sumber Gambar: TikTok @adameji7
Sumber Gambar: TikTok @adameji7
Sumber Gambar: TikTok @adameji7
Sumber Gambar: TikTok @adameji7
Sumber Gambar: TikTok @adameji7
Sumber Gambar: TikTok @adameji7

Ramai netizen yang berkongsi pengalaman sendiri di ruangan komen video tersebut, ada di antara mereka mereka pernah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas kerana pihak polis sedang mencari mangsa yang terjun dari jambatan itu.

Lebih menyayat hati, salah seorang netizen menyatakan ada mangsa merupakan jirannya sendiri telah menanggalkan kasut dan meninggalkan kad pengenalan terlebih dahulu sebelum terjun menamatkan nyawa sendiri.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat jambatan Pulau Pinang itu mempunyai ‘penunggu’ yang sentiasa menantikan nyawa untuk dikorbankan pada setiap tahun.

Lihat rakaman seorang lelaki memecah masuk ke kawasan laman rumah sambil menenung CCTV sehingga menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia.

Mengaku Mempunyai Ilmu Diamkan Anjing, Kehadiran Individu Misteri Ini Buat Netizen Seram

Entiti Kekal Misteri, Orang Ramai Kongsi Pengalaman Seram Semasa Lalu Kawasan Bukit Tunku

Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen

Sumber