Malaysia merupakan negara pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia selepas Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

Terdapat 65 peratus sarung tangan getah yang digunakan oleh petugas perubatan di Amerika Syarikat serta sebahagian negara lain adalah dihasilkan dari Malaysia.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Terbaharu, Dominic Raab, Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri United Kingdom berkongsi satu ciapan di mana dia memuji usaha Malaysia dalam mengeluarkan sarung tangan bagi barisan hadapan di UK.

“200 tan sarung tangan untuk NHS tiba di United Kingdom dari Kuala Lumpur, menuju ke pekerja kesihatan barisan hadapan kami.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kita di Malaysia kerana telah menyediakan kemudahan ini,” katanya.

Namun berita itu tidak menerima reaksi yang baik dari rakyat UK apabila ada segelintir yang mempersoalkan tindakan membeli sarung tangan dari negara luar.

Salah seorang pengguna Twitter dengan nama Greg telah bertanyakan soalan yang mendatangkan reaksi kurang senang dari rakyat Malaysia.

“Adakah ia akan memenuhi standard kualiti UK? Bolehkah anda menunjukkan di mana Malaysia di dalam peta?” Katanya dengan sinis.

Tidak berpuas hati dengan ciapan tersebut. Rakyat Malaysia telah tampil mengajar sikap ego rakyat UK yang memandang negara Malaysia seperti tidak wujud.

Netizen dari Malaysia juga hadir dengan beberapa hujah bahawa sistem kesihatan di Malaysia berada di tahap jauh lebih baik dari UK.

Manakala ada segelintir dari netizen telah meminta Greg untuk mempelajari sejarah bagi memahami isu yang dia cuba bangkitkan.

Manakala seorang pengguna Facebook, Fifa Rahman telah mengkritik tindakan Greg yang memandang rendah keupayaan Malaysia. Beliau turut menyenaraikan kelebihan Malaysia yang jauh dari UK dari segi sistem kesihatan dan cara Malaysia mengatasi wabak COVID-19.

You know what to do, Malaysians. Go after this ignorant son of a bitch. Here are some talking points: – Malaysia…

Posted by Fifa Rahman on Friday, 8 May 2020

Untuk rekod, United Kingdom telah mempunyai lebih 200,000 pesakit yang dilaporkan positif COVID-19 dan telah mencatatkan lebih 30,000 kematian. Manakala Malaysia pula telah mencatatkan 6,000 pesakit COVID-19 dan telah berjaya menyembuhkan lebih 4,000.

Amerika Syarikat terdahulu telah menarik balik pengharaman sarung tangan getah dari Malaysia, klik pautan di bawah untuk membaca.

Akibat Kekurangan Bekalan, Amerika Syarikat Tarik Balik Pengharaman Sarung Tangan Getah Malaysia

Anda Mungkin Suka