Sering menjadi bahan tawa sebagai negeri yang kecil dengan jumlah rakyat yang rendah, siapa sangka Perlis berjaya diiktiraf sebagai negeri paling selamat di jalan raya dengan kadar kemalangan serendah 0.3%.

Kadar peratusan yang rendah ini sekaligus menempatkan Perlis sebagai negeri dengan kadar kemalangan terendah berbanding negeri-negeri yang lain di Malaysia.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →
doc78f9crfnkaw1b4ivu72w

Sumber: the star online

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, perbandingan yang dibuat bukanlah berdasarkan saiz negeri sebaliknya dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Kadar kemalangan yang rendah sekaligus menunjukkan kadar kepekaan yang tinggi di kalangan rakyat Perlis.

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina ini, kempen Op Selamat telah dilancarkan bagi memfokuskan kepada kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan kesalahan melanggar lampu isyarat.

Pada bulan lalu, Kampung Sahabat tular di Instagram selepas berjaya mendapat perhatian daripada pihak Apple. 

Gambar Kampung Di Perlis Ini Tular Selepas Mendapat Perhatian Daripada Apple

Kemelut Politik Di Perlis, #PerlisIsSoSmall Trending Di Twitter

Anda Mungkin Suka