Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum tahu, sebagai pengguna jalan raya sudah menjadi suatu kesalahan melanggar lampu isyarat. Bukan sahaja pemandu berkenaan bakal dikenakan saman, malah akan turut mengundang kepada bahaya pemandu lain.

Menerusi laporan terbaru Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, Ops Merah yang dilaksanakan pada 28 September lalu menyaksikan peningkatan kes melibatkan pemandu yang melanggar lampu isyarat sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan. Sebagai rekod, sebanyak 33 kes telah dilaporkan berbanding hanya 17 kes pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah. Sumber: FMT

“Pada waktu ini juga terdapat pertambahan kenderaan dari luar yang berpusu-pusu masuk ke Perlis selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.

“Ini menyebabkan kesibukan jalan raya dan ada pengguna mengambil kesempatan untuk tidak mematuhi lampu isyarat,” katanya .

Difahamkan berdasarkan jumlah kesalahan berkenaan, lima jalan raya dikenal pasti sebagai laluan yang sering dijadikan pengguna jalan raya untuk tidak mematuhi lampu isyarat yang terdapat di kawasan berkenaan.

“Lima jalan raya di Kangar ini adalah Jalan Kangar-Arau (Jalan Tuanku Syed Sirajuddin), Jalan Kuala Perlis-Changlun, Jalan Raja Syed Alwi, Jalan Kangar-Alor Setar ( Jalan Tuanku Syed Putra) dan Jalan Behor Pulai.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada orang ramai khususnya yang memandu di Perlis agar bertanggungjawab dengan memberhentikan kenderaan jika lampu isyarat bertukar kepada merah agar tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beliau bersama pihaknya turut menjangkakan akan berlaku pertambahan kenderaan pada hujung minggu ini khususnya buat mereka yang mahu ke Langkawi menggunakan feri di Terminal Feri Kuala Perlis.

Hangat dibincangkan minggu ini mengenai penggunaan basikal EUC di lebuh raya yang didakwa merbahaya serta kurang ciri keselamatan. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Berbahaya Dan Kurang Ciri Keselamatan, Netizen Tegur Pengunaan Basikal ‘EUC’ Di Lebuh Raya

Seperti ‘Jarvis’ Dalam Filem Iron Man, Dashcam Canggih Ini Curi Tumpuan Netizen

Anda Mungkin Suka