Sejak pembukaan sempadan negara, ramai warga dari negara jiran Singapura dan Thailand masuk ke Malaysia untuk bercuti. Pada masa sama, ada yang mengambil kesempatan untuk membeli petrol bersubsidi dan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Baru-baru ini JPJ Negeri Perlis telah membuat intipan dan mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh orang ramai mengenai kebanjiran trak pikap Thailand yang memandu secara melulu dan melanggar peraturan lalu lintas sekitar Kangar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Satu pasukan khas dikerah untuk membuat intipan dan mengambil tindakan berdasarkan maklumat tersebut. Hasil intipan mendapati terdapat beberapa buah trak pikap Thailand berlegar-legar sekitar Kangar. Kemudian kenderaan trak pikap Thailand ini berjaya ditahan di salah sebuah stesen minyak di Kangar.

“Kenderaan trak pikap Thailand ini disita dan dibawa ke ibu pejabat untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati tidak terdapat sebarang pengubahsuaian yang melanggar peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Walaubagaimanapun, pihak kami telah mengeluarkan notis saman kepada pemandu warga Thailand tersebut bagi kesalahan menggunakan cermin gelap, tiada lesen memandu dan kesalahan mengabaikan tanda isyarat lalu lintas dan  memandu melawan arus,” kata Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah.

Tambah beliau lagi, pemandu warga Thailand yang dikenakan tindakan saman turut menjelaskan kompaun sebanyak RM1,250.00 sebelum kenderaan mereka dilepaskan.

Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Perlis
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Perlis
Sumber Gambar: Facebook JPJ Negeri Perlis

Ketegasan pihak berkuasa itu telah mendapat perhatian netizen dan orang ramai memuji kerana pihak berkuasa itu ‘tidak memberi muka’ kepada orang luar yang masuk lalu membuat onar di dalam negara ini.

Menurut Fatimah, setiap pesalah warga asing yang dikenakan tindakan saman oleh pihaknya perlu menjelaskan kompaun dengan serta merta sebelum meninggalkan negara ini.

Beberapa hari sebelum itu, JPJ Perlis telah mengeluarkan 34 notis saman kepada pemandu warga Thailand bagi kesalahan menggunakan cermin gelap. Operasi khas itu melibatkan 2 orang pegawai dan 6 anggota penguatkuasa JPJ Perlis dan 12 orang pegawai serta anggota JSPT.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.