Hotel, restoran, kedai dan hospital swasta di Thailand perlu mengelak daripada menawarkan diskaun besar untuk menarik pelancong tetapi sebaliknya memfokuskan meningkatkan nilai negara itu sebagai hub destinasi percutian premium, kata menteri Thailand pada Isnin.

Thailand telah menerima 2 juta pelancong asing untuk 6 bulan pertama tahun ini, kebangkitan yang dilihat baik untuk industri pelancongan Thailand yang hampir runtuh akibat pandemik COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kita tidak boleh biarkan pelancong datang ke Thailand dan berkata kerana ia murah,” Kata Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul di sebuah acara mempromosikan pelancongan di Bangkok.

“Sebaliknya mereka perlu berkata ‘kerana ia mudah dan berpatutan’, di sini kita perlu tingkatkan nilai untuk mereka melancong ke negara ini,’ katanya.

Anutin menyamakan saranan itu dengan jenama mewah Louis Vuitton. “Tenang dan jual premium. Lebih mahal lebih ramai pelanggan yang akan membeli. Jika tidak, jenama mewah Louis Vuitton juga tidak mempunyai pelanggan,” katanya.

Sebagai salah satu destinasi popular dunia, Thailand merekodkan hampir 40 juta pelancong pada tahun 2019; di mana mereka telah membelanjakan 1.91 trillion Baht (RM236.87 bilion) bersamaan 11% GDP negara Thailand.

Namun jumlah itu menurun secara drastik pada 2020 (6.7 juta pelancong) dan 428,000 pelancong sahaja pada 2021. Thailand menjangkakan mereka akan menerima sekitar 10 juta pelancong berakhirnya 2022.

Walaupun ganja telah dibuang daripada senarai narkotik Thailand, ia tetap tidak boleh dihisap secara terbuka oleh pelancong buat masa ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Mimpi Jadi Kenyataan’ – Rakyat Thailand Berkumpul, Rayakan Kebebasan Menghisap Ganja

Bagaimana Pad Thai Menyelamatkan Thailand Daripada Dijajah

Penternak Di Thailand Beri Ayam Makan Ganja Untuk Hasilkan Daging Yang Lebih ‘Empuk’

Sumber