Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan semalam, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2021 depan telah ditunda ke tarikh lain yang masih belum ditetapkan.

Menurut sumber media, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh berkata, beliau dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda berharap PKP tidak dilaksanakan agar anugerah tersebut dapat berlangsung sesuai tarikh yang dijadualkan.

Namun, anugerah tersebut terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan PKP yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 6 petang semalam.

Difahamkan, keputusan tersebut terpaksa dibuat untuk kebaikan semua pihak. Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai.

“Tempoh 14 hari PKP akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutamanya kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain,” jelas Khairul.

Dalam pada itu, pihak penganjur turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar semua orang mematuhi PKP demi kebaikan dan keselamatan diri.

Baca perkongsian penuh mengenai pelaksanaan PerintaH Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan semalam melalui pautan di bawah.

PM Umum PKP Selama 14 Hari Di 6 Buah Negeri Bermula Rabu Ini

Kes COVID-19 Membimbangkan, Agong Perkenan Isytihar Darurat Sehingga 1 Ogos 2021