Sekiranya anda masih ingat sekitar sedekad lalu sewaktu orang ramai mulai berjinak dengan laman media sosial Facebook, permainan Farmville antara yang menjadi kegilaan ramai.

Menawarkan permainan membolehkan orang ramai bercucuk tanam serta mengutip hasil di samping berkongsi bekalan bersama rakan-rakan di Facebook membuatkan FarmVille dimainkan hampir seluruh kelompok usia.

Walau bagaimanapun, permainan keluaran Zynga keluaran 2009 ini nampaknya bakal ditamatkan selepas 11 tahun dimana pengeluar permainan ini mengumumkan FarmVille bakal ditamatkan pada 31 Disember 2020. Keputusan ini dibuat selepas Adobe memilih untuk menamatkan penawaran Flash Player pada laman web.

Sebagai rekod, permainan ini pernah mempunyai jumlah pemain seramai 83.76 juta pemain sebulan dengan jumlah pemain yang aktif setiap hari mencecah 34.5 juta.

Buat anda yang mempunyai banyak kenangan terhadap permainan ini, mungkin anda boleh lawati ‘kebun’ anda buat kali terakhir sebelum permainan ini ditamatkan pada akhir tahun ini.

Tular sebelum ini apabila iPhone 6s dengan permainan Fortnite telah ditawarkan dengan harga sehingga RM107,233. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Apple iPhone 6s Dengan Permainan Fortnite Ditawarkan Dengan Harga Sehingga RM107,233

Lengkap Dengan Pantun Dan Seloka, Kumpulan Ini Anjur ‘Kenduri Kahwin’ Dalam Permainan GTA 5