Menaiki permainan taman tema di luar negara merupakan satu pengalaman yang paling menyeronokkan. Tetapi, sebagai langkah keselamatan, anda perlu pastikan ia benar-benar selamat sebelum menaikinya kerana ‘malang tidak berbau’.

Baru-baru ini, pengunjung yang bertandang ke satu festival 95th Annual National Cherry Festival yang diadakan di Traverse City pada Khamis lalu berdepan detik cemas apabila salah satu permainan taman tema jenis kincir yang ditempatkan di festival tersebut gagal berfungsi dan sukar untuk dihentikan.

Menurut portal MLive yang memetik laporan portal The Traverse City Record Eagle, permainanĀ Magic Carpet RideĀ ini dikatakan berpusing serta berayun ke kiri dan kanan tanpa henti ketika beberapa orang pengunjung menaikinya.

Difahamkan, kejadian sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung yang hadir ke festival tersebut lalu memuat naik video kejadian ke YouTube, TikTok dan media sosial yang lain.

Berdasarkan video lain, kelihatan beberapa orang pengunjung berusaha serta cuba menahan dan menghentikan permainan taman tema tersebut daripada terus berayun.

Ramai yang memuji tindakan pantas dan berani lelaki pertama yang memaut tiang permainan tersebut sebelum pengunjung lain turut sama membantu. Tiada sesiapa yang tercedera dalam insiden tersebut.

Lihat detik ngeri permainan taman tema patah dua ketika berada di udara menerusi klik pada pautan di bawah ini.

Lihat Detik Ngeri Permainan Taman Tema Patah Dua Ketika Berada Di Udara

Taman Tema Dasar Laut Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Ogos Ini

Taman Tema Jepun Bakal Lancarkan Hotel Pod Terapung

 

Sumber