Bermula dengan sekadar ura-ura, siapa sangka permainan yang sangat ikonik serta mempunyai jumlah peminat yang ramai sejak hari pertama dilancarkan iaitu Grand Theft Auto V (GTA V) sedia ditawarkan secara percuma di Epic Games sehingga 21 Mei ini.

Seperti yang mungkin ramai daripada anda khususnya para gamer sedia maklum, GTA V merupakan sebuah game yang boleh dimainkan secara online mahupun offline. Penawaran misi yang pelbagai mengikut jalan cerita serta dunia online yang menarik dan unik antara yang membuatkan GTA V disukai ramai meskipun sudah tujuh tahun sejak dilancarkan.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Diesel_productv2_grand-theft-auto-v_home_GTAV_EGS_Artwork_1920x1080_Hero-Carousel_V06-1920×1080-1503e4b1320d5652dd4f57466c8bcb79424b3fc0

Menerusi penawaran percuma di Epic Games, anda berpeluang memuat turun GTA V Premium Edition yang merangkumi versi penuh GTA, Grand Theft Auto Online serta beberapa kemas kini dan upgrade terbaru.

Buat anda yang sudah lama berhajat untuk bermain game ini atau sedang mahu menghilangkan kebosanan anda semasa PKPB, GTA V sedia menemani anda. Klik di sini untuk memuat turun GTA V secara percuma di Epic Games.

Turut dikongsikan, gaming bed khas buat gamers yang malas bergerak. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Gaming Bed Ini Direka Khas Untuk ‘Gamers’ Yang Malas Bergerak

8 Tahun Selepas Dilancarkan, ‘Game’ Ini Kembali Popular Kerana Coronavirus

Anda Mungkin Suka