Hai, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu permainan yang mana mungkin boleh menghilangkan sedikit tekanan. Buat anda yang sedang berperang dengan stress, mari rehatkan fikiran sebentar dengan mencuba permainan ini.

Permainan yang bakal anda main ini boleh jadi sangat menyeronokkan, menghampakan atau mengejutkan. Tetapi apa yang mahu saya tekankan di sini, ini hanylah sekadar permainan sahaja. Jangan terlalu serius!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya tidak suka dengan perkataan ramalan, cukup letakan permainan ini sekadar hiburan semata. Ya, hiburan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup, meninggal dunia ataupun yang bakal lahir nanti. Hahaha.

Terma permainan

Permainan ini saya panggil sebagai permainan rehat 5 minit. Ingat! Ini sekadar permainan sahaja. Syaratnya sangat mudah. Saya akan menyediakan beberapa soalan dan anda perlu menjawab dengan memilih 3 haiwan yang terlintas di fikiran anda secara random.

Tetapi sebelum anda memilih haiwan tersebut, pastikan anda cukup tahu tentang sifat atau bentuk haiwan tersebut di alam realiti. Haiwan pupus, haiwan dongeng atau seperti Tom & Jerry adalah tidak di luluskan. Haiwan yang bakal anda pilih ini tidak semestinya menjadi haiwan peliharaan anda, ataupun haiwan yang anda tidak suka. Mudah sahaja, pilih sahaja yang terlintas secara langsung di fikiran anda ketika itu tidak kira haiwan kecil atau besar.

Sudah faham? Jika ya, syarat seterusnya adalah anda dilarang skrol artikel ini, baca bermula perenggan ini dan fahami setiap pertayaan satu persatu. Ingat, permainan ini hanya menjadi sekali sahaja dan bukan buat kali ke dua atau seterusnya.

Jika anda sudah jujur dan bersedia, ada boleh mula skrol ke bawah dan jawab soalan satu persatu.

Permainan bermula sekarang!

Pilih Haiwan Pertama Anda

Apa ia?

Adakah ia berjalan atau berenang?

Di mana habitatnya?

Bagaimana anda mengambarkannya? Pandai, rajin, manja, boleh dipercayai berani, atau merbahaya?

Sudah dapat haiwan pertama anda? Simpan jawapan ini. Ingat! Yang terlintas di fikiran sahaja, jangan fikir lama sangat.

Dan Seterusnya Pilih Haiwan Ke-2 Anda

Ok, yang kali ini apa pula?

Adakah ia dari keluarga burung, mamalia, reptilia atau amfibia?

Di mana ia tinggal?

Bagaimana sifatnya, liar atau mudah dijinakkan?

Bagaimana haiwan ini berinteraksi dengan spesies yang sama? Adakah ia cenderung untuk hidup dalam kumpulan atau bersendirian?

Dapat? Simpan haiwan pilihan ke-2 anda ini baik-baik!

Yang Terakhir, Haiwan Ke-3

Untuk haiwan yang terakhir ini anda mungkin sukar membuat pilihan. Tenang sahaja kerana saya masih menunggu jawapan anda. Jadi, sila bersedia memilih haiwan yang terakhir.

Adakah ia tinggal di dalam laut? Di tempat tinggi? Atau tinggal di dalam tanah?

Adakah ia jenis haiwan yang baik? Pemburu, pelindung, cepat belajar atau pantas melarikan diri?

Bagaimana ia, adakah jenis yang santai atau suka berseronok?

Sudah dapat haiwan terakhir anda?

Jika anda mengikuti permainan ini dari awal, saya pasti di dalam fikiran anda telah ada 3 haiwan. Jika belum, anda tidak layak untuk ke bahagian seterusnya.

Sebaik sahaja anda bersedia melangkah ke bahagian seterusnya, anda tidak boleh berpatah balik. Seperti yang saya katakan di awal tadi, permainan ini hanya menjadi sekali sahaja. Jadi sila ingat haiwan yang anda pilih bermula dari yang pertama, kedua dan yang ketiga.

Sebelum itu rehat 15 saat dengan melihat gambar di bawah.

Sudah bersedia ke langkah seterusnya?

3 haiwan yang anda fikir tadi ialah:

Baik, semua haiwan yang terlintas di fikiran anda tadi sedikit sebanyak mendedahkan tentang diri anda.

  1. Haiwan yang pertama anda pilih tadi mewakili bagaimana anda fikir pandangan orang lain terhadap anda.
  2. Haiwan yang kedua pula sebenarnya memberitahu bagaimana orang melihat anda.
  3. Dan haiwan yang ketiga mewakili siapa anda sebenarnya.

Dapat? Bagaimana pendapat anda tentang ini? Adakah ia sedikit sebanyak mengambarkan apa tentang anda? Ingat ini adalah permainan sahaja, bukan ramalan, ianya hanyalah sekadar hiburan semata. Tiada satu penyelidikan atau kajian pun yang membenarkan kenyataan berhubung sifat haiwan dan manusia.

Ini hanya permainan, jangan terlalu ambil serius ok? Jika permainan ini seakan-akan mencerminkan apa yang sedang anda fikirkan, cuba dapatkan kepastian dengan merujuk sifat haiwan tersebut (menurut pandangan anda) dengan diri anda. Betul atau tidak, hanya anda yang tahu jawapannya.

Seperti yang saya tegaskan, ini hanyalah permainan sahaja. Mungkin seronok jika anda cuba bermain dengan bertanyakan soalan ini kepada rakan-rakan anda. Kalau rasakan ianya menarik, anda boleh simpan artikel ini untuk rujukan pada masa akan datang.

Apa semua ini?

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan beritahu apa yang tersirat di sebalik permainan ini. Begini, tahu atau tidak, permainan ini sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama. Seperti yang saya katakan sebelum ini, permainan ini hanyalah sekadar permainan, tiada satu pun kajian atau apa-apa penelitian yang mengesahkan kebenaran tentang ini.

Namun begitu, ramai orang yang mengambil permainan ini secara serius untuk mengambarkan perwatakan seseorang. Jadi jika anda berhadapan dengan soalan seperti ini, sedarlah bahawa tukang bertanya sebenarnya sedang cuba membaca perwatakan anda dan boleh jadi mereka sangat serius tentangnya.

Untuk mengelak anda dilabel dengan kejam hanya kerana seekor binatang, pastikan jawapan haiwan pilihan ke-3 anda tepat! Hahahaha. Berdasarkan komen yang saya dapati, sebanyak 65% mereka yang bermainan permainan ini mengatakan terdapat persamaan antara diri mereka dengan haiwan yang mereka pilih.

Kepada mereka yang memilih tikus, baik untuk jawapan no 1, 2 atau 3, ketahuilah bahwa tikus sangat terkenal dengan sifat perosak! Sedih sungguh. Apa pun, ini hanyalah hiburan semata. Jangan serius, saya kata jangan!

Jawapan saya: kucing, ular, harimau, jawapan anda apa pula? Hahahahah.