PUBG Mobile yang merupakan permainan dalam talian yang sangat popular dalam kalangan anak muda pada masa kini dikatakan akan dihadkan tempoh waktu permainan bagi pemain dibawah umur di India bagi memperkenalkan sistem permainan yang sihat di negara tersebut.

Sejajar dengan itu, pihak PUBG sedang dalam usaha untuk menjayakan gaya permainan yang sihat dan bertanggungjawab dengan mempromosikan permainan yang seimbang, bertanggungjawab serta mengehadkan waktu bermain untuk pemain dibawah umur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, pihak PUBG juga sangat jelas tentang isu pengharaman permainan tersebut yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan dengan itu, pihak mereka sedang berusaha untuk memahami dasar undang-undang larangan tersebut dan berharap dapat menjelaskan dengan lebih teliti lagi kepada pihak berkuasa mengenai objektif permainan PUBG Mobile agar larangan tersebut ditarik kembali oleh pihak berkuasa.

PUBG Mobile dikatakan akan mengehadkan masa permainan kepada pemain dengan memberi peringatan kesihatan sekiranya pemain bermain permainan PUBG Mobile tersebut lebih daripada 2 jam dan sekali lagi peringatan pada 4 jam yang seterusnya.

D2MX3T0VAAEIpQV

PUBG Mobile serta merta akan mengeluarkan anda daripada permainan dan menguncinya permainan sehingga keesokan harinya sekiranya anda terus bermain permainan tersebut selama 6 jam.

PUBG Mobile juga berkata, pihak mereka memberi jaminan bahawa mereka berada di pihak pemain dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari penyelesaian yang munasabah sekiranya dengan mengehadkan masa permainan cukup untuk membatalkan larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Dinasihatkan kepada pemain tegar PUBG Mobile supaya bijaklah dalam menguruskan masa permainan dengan masa aktiviti seharian yang lain supaya permainan tersebut tidak dianggap sebagai permainan yang sangat melalaikan anak muda sekalian.