Siapa yang tidak mengenali Leftenan Adnan atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi iaitu seorang wira yang terkorban ketika pertempuran Bukit Candu. Malah, bagi mengenang Leftenan Adnan, beliau telah diabadikan dalam bentuk tugu, filem dan novel.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila watak Leftenan Adnan telah direka dalam bentuk permainan video pula. Permainan Chandu: The Malay Regiment mengetengahkan Leftenan Adnan sebagai watak utama direka oleh pelajar-pelajar dari Multimedia University.

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →

Amazing PC game featuring Malaysia’s own World War 2 hero Lt. Adnan produced by Multimedia University students. Saw this during the Kre8tif Conference & Content Festival 2019 at Cyberview Resort a few days ago.

Posted by Cyberjaya Community on Saturday, 7 September 2019

Menariknya, permainan ini agak unik kerana pemain harus memakai headset VR beserta dengan controller VR sepanjang masa. Akan tetapi, permainan video itu masih lagi dalam pembangunan awal dan kini ia dalam proses untuk dimasukkan ke dalam platform stream.

Berikutan perkongsian itu, ramai yang berasa teruja dan kagum dengan usaha yang dilakukan. Rata-rata netizen memberikan reaksi positif akan pembangunan permainan video tersebut.

Screenshot 2019-09-11 at 1.22.53 PM

Screenshot 2019-09-11 at 1.23.11 PM

Mana tidaknya, permainan video ini dicipta oleh anak muda tempatan dan mengetengahkan ikon Leftenan Adnan yang kisahnya terkenal di Malaysia dan Singapura. Malah, permainan video ini juga pernah memenangi anugerah di pertandingan ITEX 2019.

Syabas diucapkan kepada pencipta permainan video tersebut kerana usaha yang memberansangkan. Adakah anda teruja untuk bermain permainan tersebut? Klik pautan di bawah untuk baca artikel berkaitan kejayaan anak muda tempatan kita. 

Anak Malaysia Ini Berjaya Memenangi Tempat Kedua Dalam Pertandingan Perdagangan Terbesar Dunia

Karipap Buatan Anak Malaysia Ini Dijual RM7 Sebiji Laris Di China

Anda Mungkin Suka