Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang penuh berprestij dan disambut dengan sangat meriah di setiap universiti.

Majlis konvokesyen ini diadakan bagi meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka. Detik ini sangat dinanti-nantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas membanting tulang dalam pelajaran.

Majlis ini juga bukan sahaja diraikan oleh para graduan. Malah, ibu bapa, ahli keluarga dan saudara mara turut hadir bagi meraikan kejayaan para graduan pada hari tersebut. Ketika itu jugalah masa yang sesuai untuk kita meraikannya bersama ibu bapa di atas pengorbanan yang mereka lakukan untuk mendidik kita sehingga berjaya ke menara gading.

Baru-baru ini tular di laman Twitter, di mana seorang pengguna Twitter, @AimanHamizan memuat naik sebuah video yang memaparkan bapanya memakai jubah konvokesyennya yang ternyata telah menyentuh hati orang ramai.

Difahamkan bapanya telah meminta untuk meminjam jubah miliknya itu kerana tidak pernah merasa memakai jubah konvokesyen sendiri.

Perkongsian pemuda tersebut telah menerima lebih 73,800 retweets sejak ianya dimuat naik pada Sabtu lalu.

Menurut Aiman, bapanya merupakan idola kepada dirinya kerana sentiasa meletakkan keluarga di tangga teratas berbanding perkara-perkara lain.

Tambahnya lagi, ayahnya itu seorang yang baik, suka membantu orang yang memerlukan, dan tidak lekang dalam memberikan nasihat serta motivasi yang terbaik.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen tersentuh hati  dan masing-masing mengucapkan tahniah kepada Aiman di samping memuji ‘kecomelan’ bapanya.

Apa yang menarik pada ruangan komen perkongsian tersebut ialah terdapat juga beberapa orang netizen yang mula  gambar ibu bapa masing-masing memakai jubah konvokesyen mereka.

https://twitter.com/nikitaprn/status/1195753545166802946

Setiap kejayaan yang dicapai oleh para graduan adalah disebabkan berkat dan dorongan daripada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Jadi hargailah mereka sekiranya masih mempunyai peluang tersebut.

Terdahulu, graduan UUM raih Anugerah Pelajaran Diraja sehingga menarik perhatian Neelofa. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Berjaya Menarik Perhatian Neelofa

Graduan Universiti Malaya Mogok Ketika Graduasi Mengundang Kecaman Netizen

Dituduh Jadi Bapa Ayam, Graduan Perubatan Jordan Ini Sebenarnya Dianiaya Dan Tidak Bersalah

Sumber