Seminggu selepas Elon Musk mengumumkan Tesla Model 3, syarikat automatif Tesla telah menerima hampir $14 Billion berikutan permintaan yang tinggi.

Hampir ratusan ribu pelanggan yang telah membuatkan tempahan sebanyak $1000 untuk mendapatkan kereta tersebut malah ada yang sanggup membayar harga penuh semata-mata untuk mendapatkan Tesla Model yang akan diterima kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang membuatkan pelanggan begitu berminat dengan Tesla adalah jenama yang ditampilkan oleh Elon Musk serta teknologi yang digunakan. Elon Musk juga menjanjikan lebih banyak tempat untuk mengecas kereta berikutan kereta buatan Tesla menggunakan sistem elektrik.

Keghairahan orang ramai untuk mendapatkan Tesla bukan sahaja semasa Elon Musk mengumumkan Model 3, malah beberapa hari sebelum pelancaran Tesla Model 3 terdapat beberapa orang yang berminat untuk menjadi yang terawal untuk mendapatkan Model 3.

Tesla Model 3 dijangka akan hadir buat pelanggan yang membuat tempahan diakhir 2017 ini.