Bagi kebanyakkan kanak-kanak berusia 5 tahun, jika sambutan hari jadi mempunyai sebiji kek, beberapa jenis makanan ringan, serta beberapa buah hadiah sudah cukup menggembirakan mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang founder produk kecantikkan mencuri perhatian ramai apabila beliau menghadiahkan anaknya sebuah Mercedes-AMG G63 atau lebih dikenali sebagai G-Wagon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau menghadiahkan kereta tersebut selepas bersembang dengan anaknya pada akhir bulan Mac lalu. Anak perempuan berusia 5 tahun itu memberitahu dia akan pergi ke sekolah sekiranya mendapat hadiah G-Wagon dan BMW berwarna hijau sempena hari jadinya.

@farhanazahra91

Tak sabar cikna nak hantar fatima pergi sekolah hahaha sebab bulan 1 hari tu da hantar tp hari2 dia belakon sakit, lepas tu dia cakap dia belom cukup 5 tahun lagi sebab belom birthday dia, kali ni dia cakap dapat hadiah G WAGON dia nak g sekolah haha panjang betul akal dia ni ! Nt korang nak tgok cikna wat video hari dia g sekolah x? 🤣🤣 #fatimaazzahraturn5 #fyp #gwagoncikna #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Semasa majlis hari jadi berlangsung baru-baru ini, founder itu menunaikan permintaan anak perempuannya dengan menghadiahkan sebuah G-Wagon yang dibawa di dalam kotak arkilik dihiasi dengan ucapan hari jadi dan belon.

Perkongsian video itu telah mendapat ucapan tahniah dan pujian daripada netizen. Orang ramai turut mendoakan adik itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber Gambar: TikTok @farhanazahra91
Sumber Gambar: TikTok @farhanazahra91
Sumber Gambar: TikTok @farhanazahra91

Terdahulu, ada seorang kanak-kanak menerima sebuah hadiah model kereta yang menjadi rebutan orang ramai, Nissan GT-R R35. Anda boleh lihat reaksi priceless kanak-kanak itu di sini.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.