Nampaknya jenama air dari Malaysia, Hausboom akan bertambah popular di Korea Selatan selepas ini. Ia berikutan air jenama itu muncul dalam gambar advertorial yang diminum Minho, salah seorang ahli kumpulan K-Pop yang popular di Korea Selatan, Stray Kids.

Gambar berkenaan dirakam oleh seorang pengguna Twitter, Ain (Chanknots) dan mendapat respon hebat daripada peminat kumpulan berkenaan. Ada juga yang baru mengenali jenama Hausboom menerusi gambar tersebut. Secara tiba-tiba, permintaan tinggi untuk minuman Hausboom semakin meningkat di Korea Selatan.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Pemilik jenama Hausboom, Azri Zahier Azmi juga dilihat teruja dengan berita berkenaan dan menulis di ruangan Instagram itulah yang beliau mahukan untuk produk Hausboom. Beliau mempunyai visi untuk melihat produknya diminum oleh kumpulan K-Pop dan perkara itu benar-benar jadi kenyataan.

View this post on Instagram

Ingat tak aku pernah tulis pasal “visualization”? Aku tulis, bila aku export Hausboom to Maldives, aku bayangkan Kim Kardashian, Angelina Jolie atau Brad Pitt akan minum Hausboom and caught on camera. Bila aku dah berjaya export to Korea, aku bayangkan yang akan ada artis KPOP minum Hausboom and promote the brand secara tak langsung. Alhamdulillah. Apa yang aku bayangkan menjadi realiti! Semalam our social media team dapat tahu tersebarnya gambar-gambar artis KPOP minum Hausboom untuk photoshoot diorang. Printed dalam magazines lagi. Yang powernya, awek yang notice ni (malaysian) boleh recognize Hausboom walaupun tak nampak sangat label. Warga Twitter yang nak kepastian terus melakukan siasatan dan akhirnya jumpa gambar yang lebih jelas! Hahaha. Selalunya, artis-artis ni akan cover label sebab nak protect their interest and taknak “terpromote” brand yang tak bayar diorang. Tapi ni la namanya rezeki. Maka ramailah warga Malaysia memburu dan membeli Hausboom sebab idola mereka pun dah minum Hausboom! Alhamdulillah. Allahuakhbar. Alam ini hidup in a mysterious way. Tatkala di Malaysia, dalam group yang sepatutnya menyokong produk muslim buatan Malaysia, terus-menerus mengecam dan menghina kami, Allah hantar beberapa orang kafir (non-muslim) “menyokong” kami pula. John Lemon Saranghae~

A post shared by John Lemon (@johnlemmonn) on

Walaupun minuman Hausboom itu hanya nampak samar-samar sahaja dalam majalah berkenaan, tetapi ianya sudah cukup untuk netizen masih mengenali produk beliau. Secara tidak langsung, jadi marketing yang tidak dijangka untuk Hausboom.

Betul kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Moga Hausboom terus maju menembusi pasaran lain di seluruh dunia.

Tahukah anda dengan setiap pembelian air Hausboom, anda boleh menang hadiah bulanan dan kereta Mini Cooper? Baca artikel di bawah.

Hausboom Mahu Beri Mini Cooper Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Hausboom Tepati Janji Cabaran Di Twitter, Kereta #hausboomXhotwheels Bakal Diberi Percuma Di Art Of Speed 2019

Anda Mungkin Suka