Nampaknya jenama air dari Malaysia, Hausboom akan bertambah popular di Korea Selatan selepas ini. Ia berikutan air jenama itu muncul dalam gambar advertorial yang diminum Minho, salah seorang ahli kumpulan K-Pop yang popular di Korea Selatan, Stray Kids.

Gambar berkenaan dirakam oleh seorang pengguna Twitter, Ain (Chanknots) dan mendapat respon hebat daripada peminat kumpulan berkenaan. Ada juga yang baru mengenali jenama Hausboom menerusi gambar tersebut. Secara tiba-tiba, permintaan tinggi untuk minuman Hausboom semakin meningkat di Korea Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilik jenama Hausboom, Azri Zahier Azmi juga dilihat teruja dengan berita berkenaan dan menulis di ruangan Instagram itulah yang beliau mahukan untuk produk Hausboom. Beliau mempunyai visi untuk melihat produknya diminum oleh kumpulan K-Pop dan perkara itu benar-benar jadi kenyataan.

Walaupun minuman Hausboom itu hanya nampak samar-samar sahaja dalam majalah berkenaan, tetapi ianya sudah cukup untuk netizen masih mengenali produk beliau. Secara tidak langsung, jadi marketing yang tidak dijangka untuk Hausboom.

Betul kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Moga Hausboom terus maju menembusi pasaran lain di seluruh dunia.

Tahukah anda dengan setiap pembelian air Hausboom, anda boleh menang hadiah bulanan dan kereta Mini Cooper? Baca artikel di bawah.

Hausboom Mahu Beri Mini Cooper Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Hausboom Tepati Janji Cabaran Di Twitter, Kereta #hausboomXhotwheels Bakal Diberi Percuma Di Art Of Speed 2019