Peranti iPhone 14 Pro sehingga ke hari ini menjadi bualan ramai dan jumlah jualannya sudah melebihi jangkaan syarikat Apple sendiri. Varian Pro pada kali ini berjaya mendominasi carta jualan produk syarikat gergasi itu sehingga mendorong keuntungan mencecah bilion ringgit pada suku ke-empat tahun ini.

Tim Cook kini turut berkongsi yang mana permintaan untuk telefon pintar flagship terbaru dibawah siri Pro menerima permintaan yang sangat tinggi. Hal ini menyukarkan mereka untuk memenuhinya disebabkan oleh kekangan pada bekalan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: ZDNET

Buat masa ini, Apple sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan dalam memastikan pengeluaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max memenuhi permintaan pengguna di seluruh dunia.

Dalam pada masa yang sama, Tim Cook turut menekankan yang mana mereka tidak begitu terjejas dengan masalah bekalan ini berbanding pengeluar yang lain. Secara keseluruhan, prestasi jualan telefon oleh Apple dilihat agak kukuh berbanding jenama lain yang masih sukar memenuhi bekalan dan pengeluaran.

Malah, tempahan iPhone 14 Pro yang dibuat pada hari ini bakal memerlukan tempoh penghantaran melebihi sebulan sebelum pengguna boleh menerimanya. Perkara ini bagaimanapun seperti sudah dijangka ramai memandangkan penawaran spesifikasi yang lebih padu tersedia pada variasi Pro.

Sumber