Nampaknya hype mengenai cryptocurrency betul-betul menarik perhatian ramai. Bermula dengan berita peningkatan harga bitcoin yang naik dengan mendadak, sehinggalah kepada rahsia melombong bitcoin bagi memperoleh pendapatan seperti yang dimahukan.

Secara asasnya, melombong bitcoin memerlukan pengguna menggunakan kad grafik berkuasa tinggi bagi menjalankan kerja mining. Lebih banyak kad grafik, maka lebih banyak pulangan yang diterima hasil melombong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untitled-design-3

Memandangkan melombong cryptocurrency dianggap sebagai perlaburan jangka masa panjang, ramai pelombong yang memihak untuk mendapatkan kad grafik ini dengan kadar yang banyak meskipun mahal. Hal ini turut melibatkan demand and supply dimana permintaan kad grafik berkuasa tinggi ini lebih banyak daripada yang dikeluarkan.

Peningkatan harga ini nampaknya bakal memberi kesan buat beberapa pihak. Buat NVIDIA, mungkin syarikat ini sedang bergembira berikutan produk mereka yang laris dijual. Buat pengguna khususnya gamer, masalah ini mungkin menyukarkan mereka mendapatkan kad grafik yang diidamkan.

gpuminers-1
Contoh rig yang digunakan untuk mining

Adakah diantara pembaca kami yang merupakan pelombong bitcoin? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda sepanjang melombong matawang cryptocurrency ini serta model kad grafik yang anda gunakan.

Sumber