Penyebaran wabak coronavirus dan peningkatan kes dan kematian di China serta beberapa negara lain telah membuatkan orang ramai panik serta mulai mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendapatkan topeng muka sebagai pelindung.

Walau bagaimanapun, siapa sangka penyebaran wabak ini yang serius telah membuatkan kilang penghasilan topeng muka atau face mask di China yang berjaya menghasilkan lima bilion keping pada tahun lalu gagal menampung jumlah keperluan yang diperlukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

9efd168647c24754c7a3d9dd2069f09c

Melihat kepada keperluan orang ramai serta kapasiti yang dimiliki, SAIC-GM-Wuling dilaporkan sudah mula mengarahkan 14 barisan pengeluaran mereka menghasilkan face mask dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1.7 juta unit sehari.

Syarikat yang dikenali dengan pengeluaran pelbagai kenderaan ini dilaporkan bakal mengedarkan face mask keluaran awal mereka kepada para pekerjanya, pemandu bas, teksi serta sukaralewan yang bertungkus-lumus di lapangan terbang.

Untuk pengetahuan, SAIC-GM-Wuling merupakan sebuah syarikat yang bekerjasama dengan General Motors yang memiliki beberapa syarikat subsidiari kepada Chevrolet, Cadilac, GMC dan Opel.

Selain SAIC-GM-Wuling, Foxconn yang popular sebagai kilang penghasilan produk keluaran Apple juga turut memilih jalan yang sama. Dengan jumlah pekerja seramai satu juta, Foxconn mengjangkakan jumlah pengeluaran topeng muka mereka bakal mencecah 2 juta keping pada akhir bulan ini.

1200×800
Sumber: Bloomberg

Langkah penghasilan topeng muka ini dikatakan bakal turut diikuti oleh beberapa syarikat lain seperti Guangzhou Automobile Group Co yang menghasilkan kereta bersama Toyota dan Honda.

Berdasarkan jumlah pengeluaran face mask yang semakin tambah, diharap masalah keperluan orang ramai terhadap barangan ini dapat dikurangkan seluruh dunia.

Lazada dilaporkan mula menjual face mask dengan harga RM4.50 bermula hari ini. Platform ini turut memberi peluang pembeli melapor peniaga yang menawarkan face mask dengan harga melampau.

Lazada Mahu Anda Lapor Peniaga Yang Jual ‘Face Mask’ Harga Melampau

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh