Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila seorang lelaki ini meluahkan kekecewaan terhadap pekerja kurier apabila pakaian bernilai RM1,500 yang dibelinya tidak diterima sebaliknya beliau hanya menerima parcel berisi jagung buruk sahaja.

Kes beliau walau bagaimanapun berjaya diselesaikan keesokan harinya apabila dimaklumkan pusat servis kurier berkenaan berjaya menemui barangan beliau dan diserahkan semula kepada beliau.

Menerusi isu yang berlaku, beliau yang juga penjual pakaian bundle menerusi Instagram @sellsomeheat_ tampil berkongsi cara-cara yang boleh dilakukan mangsa yang mengalami barang hilang di pusat kurier bagi mendapatkan semula barangan yang dihantar penjual.

1. Maklum kepada penghantar untuk membuat laporan

Berdasarkan pengalaman yang dilalui beliau yang dikenali sebagai Aidil Latif, beliau memaklumkan para mangsa perlu memaklumkan kepada penghantar untuk membuat laporan kepada pusat servis kurier bahawa penerima menerima barangan yang berbeza.

2. Membuat laporan di balai polis

Seterusnya, pihak penerima juga perlu ke balai polis dalam memaklumkan situasi yang berlaku dan membuat laporan. Perkara ini dibuat sebagai rujukan pihak pusat servis kurier terhadap kes yang berlaku.

3. Memuat naik bahan bukti di platform media sosial

Aidil Latif turut memaklumkan beliau sebelum ini turut menggunakan cara-cara ini untuk menguar-uarkan situasi yang berlaku serta berharap mereka yang terlibat dapat memberi kerjasama sekaligus membolehkan orang ramai mengetahui perkara yang terjadi.

photo6084458471077555654

Sumber: Instagram @sellsomeheat_

Difahamkan langkah-langkah ini antara yang dilakukan beliau dalam mendapatkan semula pakaian yang dipesan bernilai RM1,500.

Selain itu, sebuah lagi langkah yang boleh digunakan buat mereka yang menghantar barangan yang berharga adalah mendapatkan khidmat insuran dalam memastikan sekiranya berlaku kehilangan terhadap barangan tersebut, pihak servis kurier perlu menggantikannya semula.

Beliau berharap perkongsian ringkas ini dapat membantu mereka yang pernah mengalami masalah melibatkan barangan hilang sewaktu pengeposan atau di pusat kurier dalam mendapatkan semula barangan yang sepatutnya diterima.

Ketahui lebih lanjut mengenai perkongsian lelaki ini apabila beliau yang membeli pakaian bernilai RM1,500 sekadar menerima jagung buruk daripada penghantar servis kurier berkenaan.

Beli Baju RM1,500 ‘Dapat’ Jagung Buruk, Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Pekerja Servis Kurier

Gadis Kecewa Parcel Snek Dibuka Pekerja Kurier, Diganti Dengan Botol Susu Dan Permainan

‘Tersangkut’ Dalam Bilik Air Stesen Minyak, Lelaki Ini Guna Aplikasi Setel Sebagai Penyelamat

Anda Mungkin Suka