Untuk tampil lebih cantik dan bergaya, sudah pasti perbelanjaan perlu dikeluarkan. Namun buat usahawan kosmetik dan penyanyi Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias jumlahnya bukan sedikit.

Menurut laporan Harian Metro, Safiey menjelaskan dia telah membelanjakan sekitar RM1 sehingga RM2 juta untuk keseluruhan pembedahan kosmetik yang dilakukan sebelum ini.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Kos itu menurutnya termasuklah pelbagai pembedahan yang dilakukan di wajahnya dimana harga untuk keseluruhannya dikatakan berharga lebih kurang dengan sebuah kereta Ford Mustang.

View this post on Instagram

Kali ini RATU SEMESTA ALAM mendedahkan tentang penyesalan sye melakukan rawatan kecantikan di klinik/doktor yang tidak bertauliah. . . Nasihat saya, pastikan rawatan yang dilakukan oleh anda adalah dengan Doktor Bertauliah yang mempunyai sijil LCP (Letter of Credential and Privilege) yang sah. Safiey Illias menentang sekeras-kerasnya rawatan yang dilakukan oleh individu seperti beautician, Medical Assistant (MA) mahupun nurse. Safiey Illias juga menyatakan Doktor Kesihatan biasa TIDAK BOLEH melakukan sebarang prosedur estetik pada pesakit. Pastikan Doktor yang melakukan sebarang prosedur estetik mempunyai sijil LCP yang sah dan klinik berkenaan dipantau oleh KKM mengikut spesifikasi rawatan klinik estetik yang sah. . . Untuk info/pertanyaan lanjut berkenaan sebarang rawatan estetik, laser, tanam rambut dan kecantikan oleh @drshaharom , boleh hubungi maklumat dibawah:- . . ☎️ 095164777 (Kuantan) @thalia_clinic IG : https://instagram.com/thalia_clinic?igshid=18nmrplq5wqpa . . ☎️ 0356332333 (Subang) @drshahhairclinic IG : https://instagram.com/drshahhairclinic?igshid=1avake6poragu . . IG Dr Shaharom @drshaharom : https://instagram.com/drshaharom?igshid=tclvgzn02ib0 . . AWAS TAK KOSONG ! Video penuh di YOUTUBE TV SYINTA GILA . . . #Sofeaestetik #syintagila #tvsyintagila #lurvesister #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on

“Kenapa banyak dan mahal begitu? Saya buat naikkan kening dengan tebuk di bahagian atas dahi dengan kos sebanyak RM30,000.

“Saya buat hidung di Korea Selatan menggunakan tulang rusuk dengan kos RM45,000. Untuk hidung saya buat 11 kali yang mana 10 kali sebelum itu dilakukan di Thailand dengan kos RM2,000 hingga RM4,000 untuk sekali menggunakan silikon,” jelasnya.

Selain daripada pembedahan-pembedahan di atas, Safiey juga turut menyenaraikan beberapa lagi pembedahan yang pernah dilakukannya sebelum ini yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan itu.

Pendedahan itu dibuat melalui satu video yang dimuat naik beliau di saluran YouTube miliknya, TV SYINTA GILA beberapa hari lalu.

Nasihat sudah, terpulang jika mahu buat

Walaupun telah membelanjakan sejumlah wang yang besar dan melalui beberapa pembedahan sebelum ini, namun Safiey dalam video itu menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan apa yang telah dilakukannya sebelum ini.

Bagaimanapun dia menjelaskan tidak mampu menghalang sekiranya ada yang berkira-kira untuk membuat pembedahan plastik tetapi sekali lagi mengingatkan adalah lebih baik sekiranya mereka menghargai kecantikan sedia ada.

“Kalau ada hasrat nak buat pembedahan plastik apa semua, fikir lah banyak kali sebab memang sah-sah haram di sisi Islam.

“Jangan meniru saya, saya cuma memberikan informasi sahaja terpulang kepada anda.

“Saya dah lepas dah menegur anda, terpulang kepada anda kalau nak buat. Hargai kecantikan yang ada pun lebih bagus sebenarnya,” pesannya dalam video tersebut.

Selain memuat naik video pendedahan kos sebenar rawatan kosmetik yang dialuinya, Safiey juga turut berkongsikan pesanan berguna agar individu yang berkira-kira untuk membuat pembedahan plastik mendapatkan khidmat pakar yang betul.

Baca perkongsian daripada pengasas Sendayu Tinggi ini untuk tampil cantik dan berbeza dengan cara yang selamat di pautan di bawah. 

Pengasas Sendayu Tinggi Kongsi Cara Beretika Hasilkan Produk Kecantikan Yang Selamat

13 Produk Kecantikan Yang Anda Wajib Miliki Untuk Tampil Berseri Di Pagi Raya

Anda Mungkin Suka