Perang Dunia Ke 2 mungkin sudah lama berlalu, namun siapa sangka sebenarnya masih terdapat pejuang veteran daripada perang tersebut yang masih hidup di negara kita.

Dalam satu temu bual yang terbit di Metro Ahad, pihak mereka berjaya menemu bual salah seorang veteran Perang Dunia Kedua aitu Prebet Ujang Mormin, yang ‘dipercayai satu-satunya veteran Perang Dunia Kedua yang masih hidup di negara ini dalam hayat sebegitu’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan tersebut, Prebet Ujang dikatakan  pernah berjuang dalam batalion yang sama dengan Leftenan Adnan ketika pertempuran Pasir Panjang, Bukit Chermin dan Bukit Candu.

Perjuangan mereka dalam melawan tentera Jepun ketika perang tersebut turut menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia dan menerima pingat War Medal dan Pacific Star daripada kerajaan British atas penglibatannya di Singapura.

Keratan akhbar
Keratan akhbar mingguan siasah yang menceritakan pertempuran Pasir Panjang dilalui Leftenan Adnan

Pengalaman menentang Jepun

Mengimbau kembali kenangannya ketika Perang Dunia Kedua, Prebet Ujang berkata dia pertama kali dihantar ke Singapura hanya selepas empat bulan menyertai latihan tentera di Port Dickson pada 1941.

Beliau ketika itu dihantar ke Gap Ridge, Singapura bagi mengekang kemaraan serangan askar Jepun sebaik mereka mula menyerang Tanah Melayu.

Ujang bagaimanapun difahamkan mula menyertai bidang ketenteraan pada 1939 dengan menyertai Tentera British sebelum diserap ke Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebagai Prebet pada 1942.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya berjuang bersama Allahyarham Leftenan Adnan, Ujang menjelaskan kubu yang dijaga mereka adalah merupakan benteng pertahanan terakhir British yang berada di bawah Leftenan Jeneral Arthur Percival .

“Kubu yang kami jaga adalah kubu terakhir di Singapura. Saya berjuang bersama Leftenan Adnan Saidi yang berkubu di Bukit Candu, Pasir Panjang dan pada masa sama, saya bersama kompeni yang ditempatkan di Bukit Chermin.

“Selama berhari-hari menghalang kemaraan Jepun, kami putus bekalan makanan sebelum terpaksa berundur ke dalam hutan di Singapura sebaik mendapat berita Leftenan Adnan gugur dalam pertempuran pada 14 Februari 1942,” kata Ujang.

Temu bual antara Ujang itu bagaimanapun menurut pihak mereka terpaksa ditamatkan lebih awal kerana keadaannya yang uzur.

Manakala kisahnya juga dibacakan semula oleh Pengerusi Koperasi Bekas Warga Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja, Kapten (B) Datuk Mohd Awal Nordin kepada Harian Metro.

Prebet Ujang juga kini dijaga oleh pihak Angakatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angakatan Tentera Tuanku Mizan kerana keadaannya yang uzur dan tidak mampu lagi untuk berjalan.

Anda boleh membaca temu bual penuh Prebet Ujang bersama Harian Metro di sini.

Baca juga mengenai permainan video dihasilkan anak tempatan ini yang memuatkan Leftenan Adnan sebagai watak dalam permainan tersebut. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Permainan Video ‘Leftenan Adnan’ Rekaan Anak Tempatan Curi Perhatian Netizen

Saya Akur Dengan Jawapan Nenek Tentang Bendera Malaysia Dan Hari Merdeka

Tunku Abdul Rahman Adalah ‘Dalang’ Di Sebalik Konspirasi Penculikan Sultan Abdul Hamid

Sumber