Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam telah berlangsungnya Hari Sukan Negara di mana orang ramai seluruh Malaysia telah mengambil bahagian untuk bersukan pada hari tersebut. Sambutan pada tahun ini nampaknya berjaya disambut dengan meriah mengikut SOP yang ditetapkan.

Bersempena dengan Hari Sukan Negara, Dr Adham Baba selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi nampaknya turut mengambil peluang dalam berkongsi kisah silam beliau melalui platform TikTok.

Menerusi perkongsian, beliau memaklumkan sukan sememangnya dekat di hati beliau. Lebih mengejutkan ramai, beliau memaklumkan turut bermain di posisi penyerang sewaktu di Universiti Malaya. Dr Adham juga turut berkongsi beberapa gambar sewaktu bergelar pelajar dan mahasiswa.

@dradhambaba

Sempena Hari Sukan Negara hari ini, saya nak kongsi— ramai tak tahu saya aktif dalam sukan bola sepak sejak di Sekolah Rendah Inggeris Rengit, High School Batu Pahat dan Universiti Malaya. Geng bola komen di bawah. Selamat Hari Sukan Negara! 🇲🇾#harisukannegara #hsn2022 #keluargamalaysia #jdt

♬ On The Floor (Jennifer Lopez feat. Pitbull Tribute) – Instrumental – PopMusik

Perkongsian video ringkas beliau nampaknya turut meraih pelbagai respon daripada para netizen yang komen pada video beliau. Berikut antara komen netizen mengenai perkongsian video daripada mantan Menteri Kesihatan ini.

Sumber: @dradhambaba

Sumber: @dradhambaba

Sementara itu, beliau juga tidak menafikan untuk kembali bermain bola sepak sekiranya terdapat perlawanan bola sepak veteran kelak. Dr Adham Baba menyarankan kepada orang ramai agar sentiasa patuh SOP dalam usaha mengurangkan kes harian COVID-19.

Tular pada hari ini apabila ahli GPMC Kedah mencadangkan agar penerima vaksin COVID-19 menggunakan tin foil bagi mengelakkan daripada diganggu isyarat 5G.

Ahli GPMC Kedah Cadang Pakai ‘Tin Foil’, Takut Diganggu Dengan Isyarat 5G Vaksin COVID-19

Seperti ‘Jarvis’ Dalam Filem Iron Man, Dashcam Canggih Ini Curi Tumpuan Netizen

Anda Mungkin Suka