Di sebalik populariti yang dikecapi bersama suaminya ketika ini, mungkin ramai yang tidak tahu S Pavithra yang terkenal dengan video masakan pernah mengalami kisah duka dalam hidupnya.

Dalam satu temu bual bersama Astro, isteri kepada M Sugu yang turut serta dalam pembuatan video di channel ‘Sugu Pavithra’ itu memberitahu dia tidak dapat meneruskan persekolahannya satu ketika dahulu kerana kesusahan hidup yang dialami keluarganya.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

snip

Jelas Pavithra, walaupun pernah mendapat keputusan 5A ketika Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun beliau terpaksa berhenti sekolah ketika berada di Tingkatan 4.

“Saya dulu sekolah rendah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dapat 5A. Bahasa Melayu memang subjek kegemaran saya. Cuma, apabila ke Sekolah Menengah saya hanya dapat belajar separuh jalan sahaja. Tingkatan 4 pun tak habis belajar.

“Saya dari kecil memang susah. Hari-hari pergi sekolah, naik bas tambang, tapi selalu tak dapat pergi sekolah sebab susah. Jadi, saya tak dapat belajar dengan baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Jadi lebih fasih bahasa Melayu

Keputusan tidak meneruskan persekolahan dan bekerja ketika itu menurut Pavithra bagaimanapun secara tidak langsung memberi ruang kepada beliau untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih fasih.

Hal itu menurutnya berlaku selepas dia lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan yang berbahasa Melayu dengan baik ketika bekerja di kilang.

“Sewaktu kerja di kilang, saya banyak bergaul dengan lebih ramai kawan-kawan Melayu. Dari situlah bahasa Melayu saya menjadi lagi fasih,” katanya.

Dan kini siapa sangka, dengan kemahiran bahasa Melayu yang begitu baik, beliau mampu menarik minat ratusan ribu penonton dengan penghasilan dan perkongsian video masakannya di YouTube.

Malah kisahnya sebelum ini menyatukan rakyat Malaysia dengan video-video yang dimuat naik bersama suaminya M Sugu turut menarik perhatian perdana menteri kita.

Baca perkongsian kami sebelum ini yang melaporkan bagaimana pasangan suami isteri ini menerima hadiah daripada perdana menteri kita di pautan di bawah. 

Sugu Pavithra Dilaporkan Terima Hadiah Dan Kad Ucapan Daripada Perdana Menteri

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Resipi Sugu Di YouTube Jadi Panduan Pasangan Jepun Ini Hasilkan Kari Ayam

 

Anda Mungkin Suka