Sekiranya anda kerap mengikuti vlog daripada YouTuber Korea Selatan kami yakin anda pasti cukup kenal dengan Daud Kim. Berita beliau memeluk Islam antara yang menarik perhatian ramai khususnya para penonton di Malaysia. Beliau kemudiannya kerap berkongsi mengenai info-info berkaitan agama Islam di YouTube.

Walau bagaimanapun, segalanya musnah apabila baru-baru ini beliau telah didakwa atas cubaan merogol seorang wanita. Melihat isu semakin semakin serius, beliau telah memuat naik sebuah video khas untuk memohon maaf secara terbuka kepada mangsa namun video tersebut telah diturunkan beberapa hari selepas itu.

Tidak puas dengan tindakan Daud Kim, pihak mangsa telah meminta Daud Kim untuk membuat permohonan maaf terbaru selepas tidak puas dengan tindakan Daud Kim yang memungkiri janji untuk tidak memadam video tersebut.

Terbaru, Daud Kim sekali lagi membuat permohonan maaf selepas mangsa tidak berpuas hati dengan lelaki itu yang memungkiri janjinya untuk mengekalkan video permohonan maaf itu di laman Youtube miliknya.

Daud Kim insaf dan memohon maaf kepada semua

Daud Kim

Menerusi video yang baru sahaja dimuat naik, Daud Kim tampil untuk memohon maaf atas perbuatannya yang terkutuk serta sanggup mengendahkan kemahuan mangsa.

Tidak hanya memohona maaf kepada mangsa, beliau juga turut memohon maaf kepada rakan-rakan serta saudara Muslim di Korea Selatan yang membuatkan imej Muslim di Korea Selatan terkesan.

Memang benar saya mabuk dan apa yang diperkatakan mangsa adalah semuanya benar. Saya yang melakukan jenayah ini dan saya yang minum alkohol. Perkara ini membuatkan mereka trauma setahun lamanya.

Guna Islam demi populariti di YouTube

Daud Kim Mekkah

Beliau kemudiannya telah membuat pengakuan yang mengejutkan ramai dimana Daud Kim mengaku beliau menggunakan agama Islam demi menarik tontonan di YouTube. Daud Kim mengaku beliau sengaja berlakon baik di hadapan kamera semata-mata demi konten.

Namun perkara sebaliknya telah diamalkan beliau dimana beliau kerap meminum arak dan ke kelab malam. Daud Kim juga turut mengaku kerap keluar dengan wanita yang banyak dikenalinya menerusi aplikasi dating. Selain itu, beliau juga kerap menyakiti hati wanita.

Dalam pada itu, beliau sudah bertaubat dan memohon maaf kepada para penonton yang menyokong beliau selama ini.

Sudah berkahwin

Daud Kim Son

Sebuah lagi pengakuan yang mengejutkan ramai sudah pastinya pengakuan Daud Kim mengenai status perkahwinan beliau. Menurut Daud Kim, beliau sudah tiga tahun berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki.

Walau bagaimanapun, atas beberapa faktor, beliau gagal menemui kebahagiaan dalam perkahwinan beliau sekaligus memilih untuk bercerai bersama isterinya. Setakat ini beliau masih lagi berhubung bersama isterinya untuk berjumpa dengan anaknya. Beliau juga memilih untuk enggan mengulas lebih mengenai bekas isterinya kerana menghormati privasi yang dimahukan bekas isteri.

Daud Kim Mosque

Di akhir video, beliau sekali lagi memohon maaf kepada semua serta mengumumkan penguduran beliau di media sosial. Beliau juga berjanji untuk mengubah dirinya serta komited dalam menjadi seorang Muslim yang sejati.

Semoga apa yang berlaku buat Daud Kim dapat menjadi pengajaran buat beliau agar dapat menjadi seorang Muslim yang mengikut syariat serta meninggalkan segala larangan. Diharap juga agar segala urusan Daud Kim dipermudahkan. Anda boleh tonton video pengakuan Daud Kim dengan klik video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=f0s5GSAP36Y&feature=emb_title

Sebelum ini Daud Kim pernah membongkarkan taktik peniaga di Myeondong Street yang memperdaya pelanggan Muslim.

Lihat YouTuber Ini Bongkar Taktik Peniaga Di Myeondong Street Perdaya Pelanggan Muslim

Lelaki Ini Dedah Cara Restoran Ikan Bakar ‘Halal’ Popular Di Korea Perdaya Pelancong Malaysia

Sumber