Kematian tokoh superhero Black Panther, Chadwick Boseman benar-benar mengajar kenapa kita perlu sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata  di media sosial.

Ini berlaku setelah sebuah gambar dengan penampilannya yang ‘kurus’ disebabkan menderita penyakit barah pernah berlegar di media sosial dan lebih mengejutkan, dia diejek secara dalam talian oleh beberapa netizen yang tidak bertanggungjawab.

1080x1080_digital-article
HYPE
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Baca lagi →

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Haley Ruth Spencer yang kini viral di laman Facebook telah menunjukkan sisi lain Boseman yang kelihatan kurus dan kehilangan berat badan.

Beberapa netizen meluahkan rasa simpati mereka kepada Boseman selepas melihat kondisi beliau yang luar biasa. Namun ada sesetengah netizen telah mengambil peluang untuk membuli penampilannya tanpa mereka ketahui apa yang berlaku disebaliknya.

I want to talk about a few months ago when pictures of a noticeably thin Chadwick Boseman were going around the…

Posted by Haley Ruth Spencer on Friday, 28 August 2020

Gambar tersebut adalah dari Instagram Boseman ketika dia membuat satu video yang meminta pengikutnya untuk menderma kepada satu badan amal pada bulan April lalu. Gambar tersebut kini sudah dipadam.

Spencer menyatakan bahawa netizen hanya menyedari kisah sebenar di sebalik penampilan Boseman yang kurus setelah berita kematiannya akibat barah usus mula berlegar di dada akhbar.

“Mereka memanggilnya ‘crack panther ’. Dan sekarang kita semua tahu dia berubah kerana dia sedang merana dengan barah usus. ”

Catatan itu turut mengingatkan netizen agar tidak terlalu mudah menilai seseorang hanya dengan penampilan mereka kerana kita tidak tahu apa yang mereka sedang hadapi.

“Saya mengatakan semua ini sebagai peringatan untuk kita agar tidak memberi komen mengenai tubuh orang, terutamanya perubahan berat badan mereka. Anda tidak pernah tahu apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang,”

Boseman, yang terkenal dengan peranannya sebagai King T’Challa dalam filem superhero Marvel Black Panther meninggal dunia pada hari Jumaat lalu setelah bertempur selama empat tahun dengan barah usus.

Baca artikel lain mengenai Chadwick Boseman, klik pautan di bawah untuk membaca.

Bintang Utama Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia

Anda Mungkin Suka